Tuesday, October 18, 2011

Teruskan....

Kadang kala kita merasakan cinta itu telah tiada dalam diri kita kerana jiwa kita kosong dari pergantunganNya. Seringkali kita lupa tentang pengertian cinta yang ada dalam diri kita sedangkan cinta itu tidak pernah mati dalam diri kita. Kita masih tidak bertemu cinta yang sebenar kerana kita seringkali alpa dan sirna dengan arus kehidupan. Mengapa kita mudah meninggalkan cinta yang satu itu, padahal Dialah yang memberi cinta kepada kita disaat kita kehilangan. Disaat jiwa ini sepi dari kehidupan dialah yang memberi kekuatan untuk terus bangkit kerana hidup ini tidak pernah mempersiakan. Usahlah dikenang akan segala kepedihan hati dan kekosongan jiwa kerana engkau bukanlah seorang yang bisa sepi tanpa kehidupan. Hiasilah perjalananmu dengan perjuangan dan kesabaran kerana ianya tidak menjanjikan sesuatu yang tidak pasti buatmu. Tabahlah dalam pelarian kerana ianya akan menemukan engkau dengan yang lebih baik dari kehidupan sekarang. Hentikan kenangan yang suram dan pudar dalam hidupmu kerana engkau akan menemukan yang belum pernah engkau lalui dalam hidupmu.

Teruskan....

Kadang kala kita merasakan cinta itu telah tiada dalam diri kita kerana jiwa kita kosong dari pergantunganNya. Seringkali kita lupa tentang pengertian cinta yang ada dalam diri kita sedangkan cinta itu tidak pernah mati dalam diri kita. Kita masih tidak bertemu cinta yang sebenar kerana kita seringkali alpa dan sirna dengan arus kehidupan. Mengapa kita mudah meninggalkan cinta yang satu itu, padahal Dialah yang memberi cinta kepada kita disaat kita kehilangan. Disaat jiwa ini sepi dari kehidupan dialah yang memberi kekuatan untuk terus bangkit kerana hidup ini tidak pernah mempersiakan. Usahlah dikenang akan segala kepedihan hati dan kekosongan jiwa kerana engkau bukanlah seorang yang bisa sepi tanpa kehidupan. Hiasilah perjalananmu dengan perjuangan dan kesabaran kerana ianya tidak menjanjikan sesuatu yang tidak pasti buatmu. Tabahlah dalam pelarian kerana ianya akan menemukan engkau dengan yang lebih baik dari kehidupan sekarang. Hentikan kenangan yang suram dan pudar dalam hidupmu kerana engkau akan menemukan yang belum pernah engkau lalui dalam hidupmu.

Sunday, December 26, 2010

mASA ITU....

mASA apa yang korang tahu tentang masa...masa apa yang aku tahu ialah putaran waktu, masa, jam,hari, tarikh, tahun, putaran jarum jam dari saat hingga ke minit dan hingga ke jam kembali dan berputarlah jarum jam itu sampai kehabisan berhenti bateri dan jika digantikan dengan bateri baru akan menggerakkkan semula waktu yang ada kat jam itu..betul ke x yg aku tulis ntahla aku pun kurang arif sangat kalau nak tahu lebih lanjut lagi pergilah korang tanya pencipta jam kenapa la xcipta jam supaya bergerak melawan arus ke , keatas,kebawah ke atau bergerak secara melintang ke dan bergerak mengikut apa yang korang suka...oh hahaha mengarut x apa yang aku tulis ni, sape suruh korang baca xpasal2 korang dah jadi pening dan rasa songsang kan..satu aku nk pesan jangan korang ikut dan guna teori yang aku bgthu ni sebab ni rekaan aku sendiri yang dilindiungi oleh akta paten ataupun akta kpdn....uhh aku dah mula mengarut ni ....oh

berbalik kepada masa ni semua orang tahu masa itu akan pergi dan xakan kembali lagi walaupun kita cuba untuk mengubah pergerakan jam supaya tidak terus bergerak kerana masa itu bergerak bukan kerana adanya jam tapi masa itu bergerak sebaba semuanya telah ditentukan oleh Allah...masa untuk diri kita bermula masa kita kecil sampai waktu ini..aku teringat masa aku kecil dulu banyak masa yang telah aku hbiskan untuk main2 dan banyak masa yang telah dipermainkan oleh aku yang xtahu apa2 dulu...masa kecil2 dulu macam2 benda yang aku main lari dalam kain pelikat la,lari dalam guni,berlari kelangit, main sorok2, main kejar kejar sehingga kena kejar kat beruk pun ada, main terjun sungai sambil memperagakan teknik renangan ala ala ian thorpe,main polis sentri, main tarik upih pinang la, main masak memasak dan pondok dan banyak lagi yang benda yang dipermainkan yang korang sendiri pun biasa alami kan kan....tapi tu dulu la budak zaman sekarang ni mana ada lagi main benda2 macam ni sebab kawasan kampung yang selalu aku main dulu dah bertukar menjadi metropolitan ala ala kawasan kat dubai yang sering dikunjungi oleh orang2 kaya...budak2 zaman sekarang ni lebih suka bermain ps2 ps3 ps4, solitire,pest, fifa, afc,game perang la game jin,bunnian,ufo,game avatar,navy la dan banyak lagi yang belum pernah aku main dan jumpa huhuh banyak betul permaianan zaman sekarang sehinggakan bukan setakat budak2 saja yang mainkan tapi bapak budak dan mak budak pun main sama sampaikan dah xingat yang zaman mereka dah berlalu tetapi kerana ikutkan jiwa tu sanggup main2 sampai dah xingat rumah kata pergi kubur kata mari..banyak lagi la masa yang telah aku sendiri habiskan tanpa buat buat apa yang berfaedah..

Bila cakap pasal masa ni mesti kita xdapat lari dari kenangan sebabnya masa itulah yang menyebabkan adanya kenangan dan kenangan itu akan berlalu apabila berlalunya masa..masa yang berlalu menciptakan kenangan untuk semua orang walaupun ada yang mempunyai kenangan yang manis,sedih,pahit,masam,masin,tawar dan banyak lagi kenangan yang semua kita alami...biarlah kenangan itu tersimpan di jiwa masing masing dan kenangan itu akan pergi bila kita semua pergi ke tanah kubur...usahlah korang semua terkenang kenang kenangan itu kerana ianya hanya sebuah ilusi yang xakan kembali lagi sama seperti yang berlaku..biarlah kenangan itu pergi seperti masa yang pergi setiap saat dalam kehidupan ini...biarlah masa yang berlalu kita dapat ambil faedahnya agar kita tidak terbuai oleh keindahan dunia ini yang sementara sebelum kita dijemput pulang nanti ke tanah kubur...sebelum aku stop tulisan aku yang merapu ni aku nak menyanyi sikit untuk korang dengar ha ha..
Di dalam hidup kita seharian
Ada persamaan inginan
Mencari harta sebanyak mana
Masa terdaya

Bila mentari menyuluh bumi
Kita pun bangkit dari mimpi
Menyambung semula pencarian
Yang terhenti semalam

Kepuasan terpancar jelas
Bila yang dimimpi terbukti
Dengan kekayaan yang dimiliki
Masih tidak lagi mencukupi

Memang begitu sikap manusia
Tidak puas dengan yang ada
Seolah harta di dunia
Bisa bawa ke sana

( korus )
Kita terlupa harta yang nak di bawa
Amalan seharian itu yang mesti harus di hati
Sudah terlewat bila tubuh terbujur kaku
Tidak berfungsi... di saat itulah
Terlihat semua di mana
Tempat kita...

( ulang korus & 1 )
ulang lagu ni sampai korang sampai hari nak hujan...

Saturday, April 24, 2010

Tafsir Per Kata..!!

Memperkenalkan sebuah Tafsir atau terjemahan Al-Quran yang komprehensif. Di susun oleh DR. Ahmad Hatta,MA (Indonesia).

Istimewa 5 dalam 1 :

1. Terjemahan per kata
2. Terjemahan ayat
3. Asbab An-Nuzul (sebab-sebab turun ayat)
4. Nota kaki sebagai huraian tambahan
5. Indeks yang memudahkan pencarian sesuatu bab


Ciri-Ciri Menarik :

1. Merangkumi 30 juzuk Al-Quran dengan 616 mukasurat.
2. Kulit tebal dengan pilihan 5 warna (Hijau, Biru,Merah, Merah Jambu & Ungu).
3. Berat hanya 1.3 kg.
4. Saiz A4.
5. mukasuratnya sama dengan Al-Quran Mushaf Uthmani yang kita gunakan di Malaysia.

Tafsir bukan Terjemahan, begitulah menurut penulis tafsir ini. kerana perkataanغشوة misalnya bermaksud tutup/tabir, tetapi di dalam Tafsir Per Kata ini tafsirnyaditulis terus di bawah setiap lafaz arabnya; "terdapat tutup (sehingga tidak melihat kebenaran)."

Tafsir Per Kata ini juga dilengkapi dengan Asbab An-Nuzul(sebab turun ayat) dan nota kaki bagi memperjelaskan lagi maksud sesuatu tafsiran. Semuanya lengkap dalam satu naskah sahaja.


Walaupun dalam bahasa Indonesia, tetapi mudah sahaja difahami. Tambahan pula, kita di Malaysia ini memang sudah biasa menggunakan tafsir Indonesia.Sangat sesuai dijadikan rujukan oleh semua lapisan masyarakat, tidak kira umur.

Bagi mereka yang belum pernah belajar bahasa Arab, Tafsir ini sangat membantu. Setiap kalimah telah diceraikan, memudahkan anda mengetahui maknanya. Secara tidak langsung,membantu anda mengetahui tempat waqaf bacaan Al-Quran berdasarkan makna ayat yang sempurna. Begitu juga bagi mereka yang pernah belajar Bahasa Arab, Tafsir ini mampu membantu anda 'refresh' kembali kemahiran Bahasa Arab anda.

Bagi pelajar Pengajian Islam, SPM, STPM, STAM Guru-Guru Pendidikan Islam, Guru Kelas Khas Kemahiran Al-Quran (KKQ), Pegawai Jabatan Agama tidak lengkap kiranya jika tidak memiliki naskah Tafsir ini.

Tafsir ini lebih bermanfaat jika dijadikan hadiah hari lahir, hadiah buat ibu bapa, adik beradik, hantaran perkahwinan dan pelbagai lagi... Tetapi jangan lupa pula menggalakkan mereka membacanya...

Harga yang saya tawarkan ialah RM100.00 sahaja termasuk kos penghantaran dengan Pos Laju. Bagi yang tinggal sekitar Bangi dan Putrajaya, boleh berjumpa terus dengan saya untuk membelinya dengan harga RM90.00.

HUBUNGI SUHAIRI 013 7059963

Thursday, April 15, 2010







PROMOSI TAFSIR AL-QURAN PERKATA.DAPATKAN DENGAN HARGA YANG BEGITU MURAH..



RM 100 SAHAJA

PROMOSI TAFSIR AL-QURAN PERKATA

TAFSIR UMUM YANG RINGKAS BUKAN SETAKAT TERJEMAHAN,DISUSUN BERDASARKAN KATA PERKATA DARI SETIAP AYAT AL-QURAN


MUDAH DIBACA DAN DIFAHAMI BAIK SECARA TERPOTONG-POTONG KATA PERKATA ATAUPUN SECARA PER AYAT

DI SUSUN MERUJUK KEPADA BUKU-BUKU TAFSIR YANG MUKTABAR


DILENGKAPI DENGAN ASBABUN NUZUL IAITU INFORMASI TENTANG KEADAAN DAN LATAR BELAKANG TURUNNYA SETIAP AYAT.


DILENGKAPI JUGA DENGAN TERJEMAHAN


CIRI-CIRI ISTIMEWA:


  • MERANGKUMI 30 JUZUK AL-QURAN DENGAN 616 MUKA SURAT

  • KULIT TEBAL DENGA PILIHAN 5 WARNA ( HIJAU, BIRU,MERAH, PINK DAN UNGU.

  • BERAT HANYA 1.3 KGSAIZ A4

  • MUKA SURATNYA SAMA DENGAN AL-QURAN MUSHAF UTHMANI YANG KITA GUNAKAN DIMALAYSIA

TAFSIR PERKATA INI JUGA DILENGKAPI DENGAN ASBABUN NUZUL AYAT ( SEBAB TURUN AYAT DAN NOTA KAKI BAGI MEMPERJELASKAN LAGI MAKSUD SESUATU TAFSIRAN.


SEMUANYA LENGKAP SATU NASKAH SAHAJA.


IANYA SANGAT SESUAI UNTUK DIJADIKAN RUJUKAN KEPADA PELAJAR, GURU DAN JUGA MASYARAKAT AWAM YANG INGIN MENDALAMI LAGI AL-QURAN . BAGI MEREKA YANG MEMPELAJARI AL-QURAN TAFSIR INI SANGAT MEMBANTU. SETIAP KALIMAHNYA DICERAIKAN UNTUK MEMUDAHKAN ANDA UNTUK MEMAHAMI MAKNANYA.



SESUAI DIJADIKAN UNTUK HADIAH DAN JUGA HANTARAN PERKAHWINAN.


SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH MENGHUBUNGI SUHAIRI HP=0137059963


HARGA SENASKAH RM100.00 BERBANDING HARGA PASARAN RM 120tt..


PEMBELIAN SECARA BORONG JUGA DIGALAKKAN.


Monday, April 12, 2010

PROMOSI AL-QURAN PERKATA.BANYAK KEISTIMEWAAN YANG TERDAPAT DIDALAMNYA.

KEISTIMEWAAN
1 TAFSIR PERKATA
2 TERJEMAHAN
3ASBABUN NUZUL
4INDEKS AYAT

SANGAT BAIK UNTUK PELAJAR, GURU DAN MASYARAKAT AWAM UNTUK MENDALAMI LAGI KANDUNGAN AL-QURAN DAN MEMPELAJARI BAHASA ARAB DENGAN LEBIH MUDAH..

HUBUNGI SUHAIRI 0137059963
UNTUK TEMPAHAN...
HARGA RM 95 SAHAJA
LEBIH DARIPADA 10 LEBIH MURAH

CEPAT-CEPAT...

Thursday, October 1, 2009

jual beli istisna

1.1 JUAL BELI ISTISNA’
Jual beli istisna’ adalah suatu transaksi yang hampir menyerupai jual beli salam jika dilihat pada objek yang akan dijadikan akad iaitu barang yang hendak dijual belum ada.Objek yang akan dibuat akan menyebabkan penempah dan pembuat terikat dengan satu transaksi ketika akad dilaksanakan.Amalan ini merujuk kepada tindakan meminta seseorang yang berkemahiran supaya membuat sesuatu berdasarkan ciri-ciri tertentu yang berkaitan dengan kemahirannya,manakala bahan yang digunakan disediakan oleh pembuat.
2.1 PENGERTIAN JUAL BELI ISTISNA’
Istisna’ adalah masdar dari perkataan istashna’a asy-syai’ ertinya meminta membuat sesuatu iaitu meminta kepada seseorang untuk mengerjakan sesuatu.Istisna’ dari sudut bahasa juga telah disepakati oleh ulama’ yang bermaksud meminta supaya dibuat sesuatu atau menempah sesuatu,ataupun dengan kata yang lain bermaksud membuat sesuatu berdasarkan apa yang diminta.
Dari segi istilah pula Istisna’ menurut istilah ulama’ fuqaha ialah meminta pembuat melakukan sesuatu yang khusus atas cara yang khusus.Ia juga merupakan akad meminta melakukan sesuatu (menempah) atas pekerjaan sesuatu yang telah ditentukan pada tanggungannya yakni kontrak membeli sesuatu apa yang ditempah olehnya kepada pembuat tempahan.
Kesimpulannya dapatlah dibuat bahawa jual beli Istisna’ merupakan jual beli yang mana seseorang pembeli membuat tempahan sesuatu barang seperti baju,perabot,kereta dan sebagainya yang berkaitan dengan Istisna’
3.1 HUKUM JUAL BELI ISTISNA’
Hukum jual beli Istisna’ menurut ulama yang membenarkan transaksi ini dengan berpendapat bahawa Istisna’ disyariatkan berdasarkan sunnah Nabi bahawa baginda pernah meminta dibuatkan cincin sebagaimana yang disebutkan dalam an-Nihayah fi Gharib-Hadits sebagaimana yang disebutkan yang bermaksud:
Rasulullah meminta dibuatkan cincin daripada emas
Menurut pendapat sebahagian ulama bahawa Istisna’tidak sah kerana menjual sesuatu yang belum wujud bukan melalui dengan cara jual beli salam.Dalam kitab al-Inshaf disebutkan bahawa al-Qadhi dan ulama yang sealiran dengannya menyatakan bahawa jual beli Istisna’ sesuatu barangan tidak sah kerana menjual sesuatu barang yang tidak ada selain cara jual beli salam.
4.1 RUKUN JUAL BELI ISTISNA’
4.1.1 Pihak yang Mengikat Kontrak (terdiri daripada penempah dan pembuat)
4.1.2 Sighah Kontrak (ijab dan qabul)
4.1.3Benda yang Ditempah
5.1 SYARAT-SYARAT JUAL BELI ISTISNA’
5.1.2 Syarat Pihak yang Berakad
Syarat kedua-dua pihak yang berakad adalah sama dengan syarat pihak yang terlibat didalam jual beli(aqd al-bay)
5.1.2 Syarat Sighah
Untuk menjadikan akad tempahan pertukangan ini sah terdapat beberapa syarat yang dikenakan iaitu:
Menjelaskan jenis benda yang mahu dibuat iaitu bentuk,kadar dan sifatnya kerana ia merupakan barang jualan yang wajib dimaklumi oleh kedua-dua pihak.Maklumat-maklumat tentang ciri-ciri barang yang ditempah diperolehi ketika majlis sighah berlaku.
Hendaklah ia menjadi perkara yang biasa dilakukan dikalangan manusia seperti menempah perabot,kasut dan barang yang kebiasaanya menjadi subjek tempahan.
Mestilah ia tidak dibataskan dengan waktu yang tertentu ketika majlis akad Istisna’berlangsung.Sekiranya penyerahan barang yang ditempah itu ditetapkan tempohnya ianya akan bertukar menjadi akad jual beli salam.Menurut pendapat Imam Abu Hanifah menyatakan bahawa jika terdapat penetapan waktu penyerahan barang yang ditempah tersebut,maka telah gugur hak untuk kedua-dua pihak melakukan khiyar apabila tukang pembuat telah menyerahkan barang yang hendak ditempah itu didalam akad tersebut.
Tidak ada paksaan iaitu transaksi dilakukan secara sukarela.Tidak sah Istisna jika terdapat unsur-unsur paksaan salam akad yang dilakukan.
5.1.3 Syarat Benda Yang Di akadkan
Barang yang dipesan jelas iaitu diterangkan jenisnya,sifatnya,kadarnya dan bilangannya.
Produk yang dipesan juga biasanya berlaku dikalangan masyarakat kerana sesuatu yang belum biasa berlaku dikalangan masyarakat diqiyaskan kepada jual beli salam dengan keseluruhan hukumnya.
6.1 HIKMAH JUAL BELI ISTISNA’
Dalam kehidupan yang serba moden dan kompleks sekarang melalui adanya jual beli Istisna’ianya dapat memenuhi kehendak dan tuntutan manusia yang pelbagai dan kompleks khususnya kepada produk-produk yang sememangnya memerlukan kepada transaksi jual beli Istisna’ ini.Dalam situasi ini dengan adanya Istisna ianya dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua pihak di mana pihak pembuat mendapat keuntungan manakala penempah mendapat apa yang di ingini.







APLIKASI JUAL BELI ISTISNA DALAM KONTEKS ANTARA PENEMPAH DAN PEMBUAT BARANGAN
Dalam situasi ini pihak penempah akan membuat tempahan atau pesanan kepada pembuat barangan supaya membuat sesuatu berdasarkan ciri-ciri tertentu yang dijelaskan oleh penempah dengan syarat semua bahan yang akan digunakan disediakan oleh pembuat.Dalam situasi ini pembuat akan membuat barang yang ditempah tersebut mengikut syarat yang telah dipersetujui semasa akad serta menyerahkan barang yang ditempah itu pada masa yang telah ditetapkan.Contohnya seorang penempah meminta pembuat kasut supaya membuatkan sepasang atau beberapa kasut untuknya,manakala segala bahan yang diperlukan disediakan oleh pembuat bukannya oleh penempah.Kontrak jual beli Istisna’ ini akan sah jika ia memenuhi syarat-syarat yang dipenuhi dalam jual beli salam iaitu spesifikasi barangan dinyatakan dengan jelas,tempoh penyerahan dinyatakan dan syarat-syarat lain.
Aplikasi jual beli Istisna juga berlaku dalam masalah jual beli rumah berdasarkan pelan.Ini berlaku apabila penempah tidak menjelaskan bayaran semasa akad kontrak dimeterai serta tidak mengetahui bahan yang digunakan untuk membina rumah tersebut.Kontrak ini dikategorikan sebagai kontrak tempahan dan diterima sebagai kontrak yang sah.Namun dengan syarat kontrak seperti ini menjadi amalan yang diguna pakai oleh semua orang dan spesifikasi binan tersebut dinyatakan dengan jelas ketika memeterai kontrak sehingga tidak timbul sebarang keraguan yang boleh menimbulkan perbalahan dikemudian hari.Di samping itu hendaklah tidak wujud sebarang syarat yang tidak sah dan tidak bertepatan dengan syarak yang mungkin menyebabkan kontrak ini tidak diakui sebagai sah.
APLIKASI JUAL BELI ISTISNA DALAM SISTEM PERBANKAN
Pengamalan kontrak jual jual beli Istisna’ di Malaysia pula jika kita lihat ia adalah merupakan satu kemudahan pembiyaan yang praktikal dan ideal serta menepati kehendak pelanggan masa kini.Ia adalah selaras dengan prinsip yang diterapkan didalam muamalat Islam.Dalam keadaan ini pihak bank akan menggunakan modalnya untuk membina perumahan dan infrastuktur yang kemudiannya akan dijual kepada pembeli.Dalam konteks ini pembeli akan membuat tempahan terlebih dahulu kepada pihak yang akan membuat barang tempahan serta dinyatakan syarat-syarat yang perlu dipatuhi serta dinyatakan tempoh barang tersebut akan diserahkan.tersebut tetapi tidak pihak penempah mengetahui bahan-bahan yang digunakan untuk membuat barang yang ditempah itu.Penempah akan membuat bayaran apabila kontrak dimeterai antara pihak penempah dan pembuat barangan.Di dalam perbankan Islam dinegara kita khususnya Bank Islam Malaysia Berhad telah menyediakan suatu kemudahan mekanisme pembiayaan moden yang diaplikasikan dan diamalkan melalui prinsip kontrak jual beli Istisna’


















RUJUKAN

Thursday, July 16, 2009

assalamualaikum..salam perjuangan..telah 2 minggu aku mula daftar kat ukm ni setelah 2 bulan kat rumah smbil wat praktikal kat sekolah..rasa kejap je dop kat umah ni kna mula blaja pulak..huhu..normal lah2 hidup sebagai pljar..aku pun dah lama xtulis kat blog ni sebab kesuntukan masa yang aku sendiri pun xtahu kemana masa yg telah aku habiskan..inilah yang dikatakan bahawa manusia ni sentiasa berada dalam kerugian..setiap masa rugi dalam mendekatkan lagi diri kepada Allah..betapa ruginya aku yang setiap masa sentiasa melakukan dosa dan noda..betapa fakirnya aku dihadapanmu yaAllah..betullah seperti kata ustaz zamri pensyarah kat fpi bahawa kita ini sangat kerdil dihadapan Allah,justeru kita perlu sentiasa memohon pertolongan daripada Allah dalam setiap urusan agar kita diberi kekuatan untuk menghadapi segala perkara.
Untuk semester ini aku berazam untuk belajar lebih sedikit memandangkan pointer aku telah jatuh dalam exam sem lepas..aku pun xtahu bagaimana aku boleh jatuh sebegini..mungkin ini balasan atas segala dosa2ku sebelum ini yang banyak melakukan kesalahan yang disedari dan juga tanpa disedari.YAALLAH aku memohon dariMu agar aku dilindungi daripada segala perbuatan mazmumah yang telah menjauhkan diriku dari rahmatMu..
pada sem ni aku ambil 9 subjek yang menyebabkan kelas aku penuh pada hari2 tertentu..aku rasa sedikit tertekan pada sem ni kerana aku terpaksa mengambil subjek arab yang aku dari kecil lagi sangat lemah dalam subjek ini.aku pun tidak tahu bagaimana untuk menghadapi masalah ini..aku berazam untuk belajar daripada kawan2ku yang pandai dalam subjek ni..YaAllah bantulah aku dalam menghadapi kehidupan ini yang begitu banyak cabaran dan dugaan.

Thursday, June 18, 2009

Seketika di sekolah

Semalam hari terakhir aku membuat pra praktikal kat sekolah.Aku sengaja memilih sekolah lamaku untuk membuat pra praktikal sebabnya aku dapat berjumpa semula dengan guru2 dan ustaz yang pernah mengajar ku dahulu.terubat lah juga kerinduan untuk menyelami semula kenangan manis semasa aku bersekolah dahulu.terasa baru semalam aku meninggalkan alam persekolahan yang penuh kenangan dan peristiwa2 yang tidak akan aku lupakan.memang best rasanya masa bersekolah dahulu kenangan bermain dengan kawan2 makan bersama2 study sama2 banyak lagilah peristiwa yang dilalui semasa aku bersekolah ini. Selama satu bulan aku belajar untuk membawa watak bagaimana hendak menjadi seorang guru yang benar-benar komited dengan profesion guru itu sendiri.Rasanya sekejap sahaja aku berada kat sekolah menimba pengalaman bagaimana hendak menjadi seorang guru.Ternyata selama sebulan aku berada disini membawa sejuta pengalaman dan seribu kenangan buat menjadi bekalan untuk aku bagi meneruskan pengajian di kampus selama 3 tahun lagi.Banyak ilmu dan pengetahuan yang aku perolehi semasa berada disini iaitu bagaimana cara seorang guru untuk mengendalikan kelas,murid dan berbagai urusan yang berkaitan dengan guru.Rasanya tempoh sebulan memang tidak cukup untuk menimba ilmu-ilmu berkaitan dengan perguruan ini,namun walaupun begitu aku akan cuba mengaplikasikan apa yang aku perolehi dengan sebaik-baiknya.Kerjaya seorang guru memang banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa untuk ditempuhi walaupun kita lihat tugas hakiki guru hanya mengajar tetapi guru mempunyai tanggungjawab untuk membentuk akhlak dan peribadi pelajar yang benar-benar menuruti kehendak agama.Jadi disinilah letaknya peranan guru bagi mendidik pelajar agar dapat menjadi insan yang dapat berbakti kepada agama,negara dan bangsa.Sesungguhnya perkara ini memerlukan pengorbanan yang amat besar dari guru yang menuntut kepada pengorbanan masa,wang dan tenaga.Semoga apa yang dicurahkan mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah.
Semasa aku di sekolah banyak yang aku dapat tahu mengenai situasi sebenar sebagai guru.Aku banyak berbual dengan guru mengenai masalah,cabaran,rintangan yang terpaksa ditempuhi sebagai guru..ada ketikanya suka dan ada ketikanya duka..namun ini semua menjadi asam garam sebagai sebagai seorang guru.Guru-guru banyak membantu aku untuk aku menyiapkan tugasan aku..terima kasih kepada guru pembimbing aku iaitu cikgu Rusli yang bertindak sebagai guru pembimbing sepanjang aku berada di sekolah..terima kasih juga kepada ustaz hilmi,ustaz azhar,ustaz azmi,abuya, cikgu umar dan banyak lagi guru lain yang banyak memberi tunjuk ajar kepada aku sepanjang aku berada disekolah..aku dapat rasakan bahawa guru-guru disekolah ini sangat komited dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh masyarakat untuk mendidik anak-anak mereka.ini dapat dilihat melalui pencapaian sekolah yang di iktiraf sebagai sekolah kluster baru-baru ini..banyak lagi yang aku perolehi semasa berada di sekolah ini yang dapat mengajar aku bahawa kerjaya seorang guru menuntut komitmen yang sangat tinggi bagi memastikan supaya pelajar-pelajar berjaya dalam kehidupan mereka.
kat tepi ni aku sertakan gambar2 aku masa wat praktikal kat sekolah.
hari ini yang berlalu tidak akan berulang lagi semoga hari yang mendatang akan memberi lagi kebaikan buat diri kita..disinilah kita bermula..

Tuesday, June 16, 2009

Kita sering mahukan hari yang cerah,tetapiAllah lebih mengetahui hakikatnya hujan perlu diturunkan..kita sering inginkan keseronokan jauh sekali kesusahantetapi Allah lebih mengetahui kesusahan itulah yang mengajar kita erti kehidupan..kita sering inginkan ketenangan tetapi hakikatnya diri ini penuh dengan dosa dan kejahatan tetapi manusia tidak dapat lari dari kesilapan.semua itu bukanlah suatuhukuman tetapi sebagai tanda kasih dan sayang Allah agar kita lebih bersabar dan dekat padaNya..

Sunday, June 14, 2009

Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)." Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud: "Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?"
Iklan




Mesej daripada maksud dua potong ayat di atas walaupun pendek, sarat dengan pelbagai pengajaran yang perlu diambil oleh kita semua, betapa Allah SWT mencemuh golongan munafik yang boleh disifatkan sebagai golongan yang mana hidup mereka penuh dengan kepura-puraan.
Sesungguhnya kedua-dua ayat berkenaan di atas ditujukan kepada golongan munafik yang banyak mempersendakan kebenaran ayat-ayat al-Quran ataupun pengajaran daripada hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w. Mereka merupakan golongan yang menzahirkan luaran mereka sebagai orang Islam, tetapi pada sanubari mereka menyatakan kebencian yang amat sangat terhadap Islam, lebih dahsyat daripada orang bukan Islam.
Mereka menyatakan kononnya mahu melakasana dan menegakkan hukum-hukum Islam, tetapi pada masa yang sama menyubur serta memperbanyakkan program-program maksiat melalui penganjuran sitcom-sitkom gelak ketawa, malah dipertandingkan seperti 'Rajalawak'/'Lawaking' yang mahu mengajak penonton supaya banyak ketawa dan menangis sedikit.
Tidak ada program lawak yang mengajak manusia untuk berfikir pada alam akhirat atau menyebabkan mereka menangis. Tetapi yang jelas bahawa mereka diajak untuk ketawa hingga lupa tugas sebenar untuk beriman kepada Alla SWT, sesungguhnya terdapat pandangan di kalangan ulama kontemporari hari ini yang menegaskan bahawa umat Islam adalah umat serius yang mempunyai tanggungjawab besar menyeru manusia sejagat untuk kembali kepada fitrah mereka iatu menyembah Allah - Tuhan segala manusia.
Apa yang jelas jika ciri-ciri golongan munafik ada dalam diri insan Muslim, ia boleh dianggap sebagai satu musibah besar, kerana ciri-ciri tersebutlah yang akan mengundang kemarahan Allah dan sudah pasti tidak akan berjaya mendapatkan pertolongan Nabi Muhammad pada hari akhirat kelak.
Perkara ini ada ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 145 surah an-Nisaa yang bermaksud: "Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka. Dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh menolong mereka."
Berdasarkan hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan:
Tanda orang-orang munafiq itu ada tiga keadaan.
* Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
* Kedua, apabila berjanji, dia mengingkari.
* Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia mengkhianatinya.
Apabila dilihat kepada maksud pengisian yang ada dalam hadis baginda di atas, kita dapat simpulkan bahawa masih terdapat di kalangan umat Islam hari ini yang sanggup berdusta semata-mata untuk mencapai impian dalam hidup mereka.
Mereka tidak mempedulikan larangan Allah atau suruhan-Nya, yang dilarang itulah menjadi keutamaannya untuk dilakukan, sedangkan suruhan Allah diabaikan. Gambaran ini dapat dilihat secara jelas, sebagai contoh penyertaan individu Muslim dalam program yang dilarang seperti Rajalawak, ia menjadi pilihan dan kesukaan ramai manusia hari ini, pada masa yang sama ramai juga yang meninggalkan solat kerananya.
Begitu juga individu Muslim yang berbuat janji, apatah lagi janji mereka kepada Allah seperti dalam lafaz yang diungkapkan dalam solat, sesungguhnya hidupku, matiku dan seluruh amal ibadatku adalah hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam.
Tetapi selepas solat, banyak perkara yang dijanjikan itu disanggah secara langsung atau tidak langsung, ramai Muslimat yang solat dengan pakaian kain telekung yang mencantikkah penampilan mereka, tetapi ramai juga di kalangan mereka mendedahkan aurat atau menampakkan rambut mereka di hadapan khalayak lelaki.
Begitu juga dengan amanah yang diberi, terutamanya amanah sebagai manusia Islam yang diwajibkan untuk melaksanakan segala titah perintah Allah SWT dalam erti kata sebenarnya. Tetapi ia hanya seruan yang tertinggal di atas mimbar oleh khatib pada setiap hari Jumaat, ia tidak digarap dengan baik oleh para jemaah, amanah untuk membangun bersama Islam tidak ditepatinya. Amanah untuk mendaulatkan Islam juga hanya retorik semata-mata, kesemua agenda hidup tidak berteraskan untuk kurangkan ketawa dan menangis banyak kerana takut kepada Allah.
Program-program kuliah dan ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kebanyakannya dihadiri oleh golongan pesara walaupun terdapat golongan muda atau remaja, tetapi jumlahnya terlalu sedikit. Mungkin kempen kepada golongan ini untuk ke masjid atau surau tidak dikuat-kuasakan oleh pihak berkuasa, sebab mereka pun tidak terfikir untuk ke masjid atau surau, tetapi kempen untuk program ketawa seperti ?Jomheboh? dan lain-lain dipromosikan dengan hebat sekali, sebab yang berkempen pun akan menyertainya.
Kepada mereka dibacakan sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Kemanisan di dunia akan memahitkan nanti di akhirat, dan apa-apa yang memahitkan di dunia akan memaniskan seseorang itu di akhirat."
Sesuatu yang manis pasti akan menggembirakan seseorang, seperti kerap makan durian yang sedap dan enak, tetapi ia akan menjadikan seseorang itu mungkin akan terkena obesiti dan kencing manis, berbanding dengan ubat periuk yang pahit, bagi pengamal yang sering meminumnya walaupun tidak sedap, tetapi ia menjanjikan kesihatan yang baik.
Begitulah sebaliknya bagi mereka yang mengutamakan yang pahit, maksudnya menjalani proses hidup sebgai Muslim yang beramal dengan solat lima kali sehari semalam. Ia menjadi manis bagi orang biasa buat, tetapi ia dianggap pahit atau sukar untuk dilakukan bagi mereka yang tidak biasa atau golongan yang memiliki ciri-ciri orang munafik.
Apapun semua yang pahit itu sebenarnya akan membahagiakan seseorang itu nanti di alam akhirat, termasuklah berada dalam jemaah yang berteraskan Islam. Untuk memajukan Islam sebagai cara hidup bukanlah satu perkara yang mudah, namun ia memerlukan kesabaran yang cukup tinggi dan kewarasan pemikiran untuk mendapatkan syafaat (rekomendasi) daripada baginda Rasulullah s.a.w. di akhirat kelat, Insya-Allah. Yang penting banyakkan menangis kerana takut kepada Allah SWT.
Baca al-Quran, jangan buang masa, wasiat ke-2 al-Banna

"Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik atau amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa walau sedikit pun dengan hal-hal yang tidak berfaedah." Wasiat kedua Imam Hasan al-Banna.
Iklan




Program tarbiyyah kedua yang terjelma melalui wasiat Hasan al-Banna ialah perihal mempertingkat daya faham umat Islam melalui bacaan al-Quran, membaca buku-buku, mendengar ceramah agama, mengamalkan zikrullah.
Pendek kata, Imam Hasan al-Banna tidak mahu anggota ikhwan atau umat Islam itu akan terbuang waktunya walau sedikit pun dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
Di dalam surah al-Asr, disebutkan mengenai kerugian yang dikaitkan dengan masa. Pada asalnya, semua manusia itu hidup sentiasa dalam kerugian.
[1] Demi Masa!; [2] Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian; [3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Tetapi, antara mereka itu, ada beberapa golongan yang semakin berkurangan kerugiannya dengan sebab amalan dan kepercayaan mereka itu.
Pertamanya, mereka yang beriman, yakin dan percaya kepada Allah, kitab-kitabNya, nabi dan malaikat serta kewujudan akhirat. Sesiapa yang termasuk dalam golongan ini, maka mereka telah terlepas daripada belenggu kerugian yang pertama.
Kedua, mereka yang beramal soleh, membuat kebajikan, membantu meringankan beban, membuang kesusahan orang-orang yang memerlukan bantuan dan sebagainya.
Ketiga, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah atas nama kebenaran.
Keempat, mereka yang saling berwasiat atau berdakwah dengan penuh kesabaran.
Tetapi, awal kepada segala puncak kesedaran ini bermula apabila seseorang Muslim itu mula memahami makna yang tersembunyi dan terselit di dalam al-Quran.
Sesudah al-Quran menjadi kunci kepada pintu kesedaran seseorang Muslim itu, Hasan al-Banna berpesan kepada kita supaya kerap membaca buku-buku. Sudah tentu, buku ilmiah ini akan menuntut pergerakan pemikiran kita ke arah laluan kebenaran.
Dengan pengetahuan, seseorang Muslim tidak akan tertipu. Buku-buku ilmiah boleh juga kita dapati daripada ulasan-ulasan buku di majalah, akhbar. Ringkasnya, hubungan orang Islam dengan buku itu wajib ada.
Sekiranya, tiada buku dijumpai, maka al-Banna menyeru kita pergi mencari guru, ustaz yang menyampaikan ilmu, ceramah agama tempat terbitnya segala buah fikiran baru.
Selanjutnya sumber-sumber ilmu lain selepas itu ialah usrah atau perkumpulan kecil yang selalu membanyakkan ucapan-ucapan yang baik didengar. Diskusi perkumpulan kecil ini juga perlulah dihadiri oleh seseorang Muslim yang beriltizam dengan agamanya.
Dan, seterusnya Imam Hasan al-Banna berpesan kepada kita agar mengamalkan zikir dan beriltizam menghabiskan ratib-ratib yang kita mahu amalkan. Paling mudah seseorang itu boleh mengamalkan wirid al-Mathurat, Wazifah as-Sughra jika tiada kesempatan.
Dengan amalan wirid wazifah al-Kubra dan as-Sughra inilah seseorang itu akhirnya akan menggunakan masanya untuk membuat hal-hal kebaikan secara tak langsung.
Lalu, dengan cara membaca al-Quran, memperuntukkan masa untuk membaca buku atau berzikir, maka sepenuh kehidupannya terisi dengan waktu-waktu yang indah serta masa yang berfaedah. Lalu, terelaklah beliau menggunakan waktunya ke arah keburukan.
KesimpulanMaka, hendaklah setiap umat Islam itu membaca al-Quran. Tidak cuma membaca. Yang paling penting ialah mereka mesti cuba memerhati pesanan Tuhan di dalamnya.
Jangan dibiarkan hati mereka selalu kering dan akhirnya mati. Basahkan dengan sejumlah wirid, ratib-ratib dan zikrullah yang biasa diamalkannya. Hati yang sentiasa ada pertalian dengan Tuhan akan sentiasa bersimbah ilmu, ilham dan pengetahuan yang baru.
Carilah ilmu walaupun sedikit. Masa yang terluang dengan tujuan yang tidak munasabah hendaklah kita sifarkan sama sekali. Hidup seorang Muslim itu sentiasa penuh dan padat dengan hal-hal yang berguna kepada diri dan masyarakat sekitarnya.
Al-Quran itu adalah induk samudera ilmu. Akar pengetahuan dan ranting hidayah kepada kita semua. Bacalah al-Quran, kelak ia menjadi pendinding kepada segala permasalahan dan ia akan berbicara kepada kita.
Sampai kepada suatu saat, al-Quran akan menjadi suara yang akan berbicara kepada jiwa kita dengan syarat kita memahaminya betul-betul mengikut nahu bahasa Arab.
Lazimkanlah diri membaca, menghafal dan yang paling utama, menghayati, merenungi setiap inci perkataannya dan lihat arahan Tuhan. Lazimi lidah kita dengan berzikir atau hati kita mesti ikut berzikir. Ketenteraman dan kedamaian akan menyelimuti kita.
Mengapa Muslim biarkan hati mati

Hati adalah organ paling utama dalam tubuh manusia dan ia nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hamba-Nya. Pada hatilah letaknya niat seseorang.
Iklan




Niat ikhlas itu akan diberi pahala. Hati perlu dijaga dan dipelihara dengan baik agar tidak rosak, sakit, buta, keras dan lebih-lebih lagi tidak mati. Sekiranya berlaku pada hati keadaan seperti ini, kesannya membabitkan seluruh anggota tubuh manusia. Akibatnya, akan lahir penyakit masyarakat berpunca daripada hati yang sudah rosak itu.
Justeru, hati menjadi amanah yang wajib dijaga sebagaimana kita diamanahkan menjaga mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan sebagainya daripada berbuat dosa dan maksiat.
Hati yang hitam ialah hati yang menjadi gelap kerana bergelumang dengan dosa. Setiap dosa yang dilakukan tanpa bertaubat akan menyebabkan satu titik hitam pada hati. Itu baru satu dosa. Bayangkan bagaimana kalau 10 dosa? 100 dosa? 1,000 dosa? Alangkah hitam dan kotornya hati ketika itu.
Perkara ini jelas digambarkan melalui hadis Rasulullah yang bermaksud: "Sesiapa yang melakukan satu dosa, maka akan tumbuh pada hatinya setitik hitam, sekiranya dia bertaubat akan terkikislah titik hitam itu daripada hatinya. Jika dia tidak bertaubat maka titik hitam itu akan terus merebak hingga seluruh hatinya menjadi hitam." (Hadis riwayat Ibn Majah)
Hadis ini selari dengan firman Allah bermaksud: "Sebenarnya ayat-ayat Kami tidak ada cacatnya, bahkan mata hati mereka sudah diselaputi kotoran dosa dengan sebab perbuatan kufur dan maksiat yang mereka kerjakan." (Surah al-Muthaffifiin, ayat 14)
Hati yang kotor dan hitam akan menjadi keras. Apabila hati keras, kemanisan dan kelazatan beribadat tidak dapat dirasakan. Ia akan menjadi penghalang kepada masuknya nur iman dan ilmu. Belajar sebanyak mana pun ilmu yang bermanfaat atau ilmu yang boleh memandu kita, namun ilmu itu tidak masuk ke dalam hati, kalau pun kita faham, tidak ada daya dan kekuatan untuk mengamalkannya.
Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud: "Kemudian selepas itu, hati kamu menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Pada hal antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir sungai daripadanya dan ada pula antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya. Dan ada juga antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Baqarah ayat 74)
Begitulah Allah mendatangkan contoh dan menerangkan batu yang keras itu pun ada kalanya boleh mengalirkan air dan boleh terpecah kerana amat takutkan Allah. Oleh itu, apakah hati manusia lebih keras daripada batu hingga tidak boleh menerima petunjuk dan hidayah daripada Allah.
Perkara paling membimbangkan ialah apabila hati mati akan berlaku kemusnahan amat besar terhadap manusia. Matinya hati adalah bencana dan malapetaka besar yang bakal menghitamkan seluruh kehidupan. Inilah akibatnya apabila kita lalai dan cuai mengubati dan membersihkan hati. Kegagalan kita menghidupkan hati akan dipertanggungjawabkan Allah pada hari akhirat kelak.
Kenapa hati mati? Hati mati disebabkan perkara berikut:
* Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Allah berfirman bermaksud: "Maka kecelakaan besarlah bagi orang yang keras membatu hatinya daripada menerima peringatan yang diberi oleh Allah. Mereka yang demikian keadaannya adalah dalam kesesatan yang nyata." (Surah al-Zumar ayat 22)
* Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan sewajarnya. Kalau tubuh badan boleh mati kerana tuannya tidak makan dan tidak minum, begitu juga hati.
Apabila ia tidak diberikan santapan dan tidak diubati, ia bukan saja akan sakit dan buta, malah akan mati akhirnya. Santapan rohani yang dimaksudkan itu ialah zikrullah dan muhasabah diri.
Oleh itu, jaga dan peliharalah hati dengan sebaik-baiknya supaya tidak menjadi kotor, hitam, keras, sakit, buta dan mati. Gilap dan bersihkannya dengan cara banyak mengingati Allah (berzikir).
Firman Allah bermaksud: "Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah itu tenang tenteramlah hati manusia." (Surah al-Ra'd ayat 28)
Firman-Nya lagi bermaksud: "Hari yang padanya harta benda dan anak-anak tidak dapat memberikan sebarang pertolongan, kecuali harta benda dan anak-anak orang yang datang menghadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera daripada syirik dan munafik." (Surah al-Syura ayat 88-89)
Tanda-tanda hati mati
Menurut Syeikh Ibrahim Adham, antara sebab atau tanda-tanda hati mati ialah:
1. Mengaku kenal Allah SWT, tetapi tidak menunaikan hak-hak-Nya.
2. Mengaku cinta kepada Rasulullah s.a.w., tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3. Membaca al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum-hukum di dalamnya.
4. Memakan nikmat-nikmat Allah SWT, tetapi tidak mensyukuri atas pemberian-Nya.
5. Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6. Mengaku adanya nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7. Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8. Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9. Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa akan keaiban diri sendiri.
10. Menghantar dan menguburkan jenazah/mayat saudara se-Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran daripadanya. Semoga dengan panduan yang di sampaikan itu akan dapat kita sama-sama mengambil iktibar semoga segala apa yang kita kerjakan akan diredai Allah SWT.
Menurut Sheikh Ibni Athoillah Iskandari dalam kalam hikmahnya yang berikutnya;
Sebahagian?daripada tanda mati hati itu ialah jika tidak merasa dukacita kerana tertinggal sesuatu amal perbuatan kebajikan juga tidak menyesal jika terjadi berbuat sesuatu pelanggaran dosa.
Mati hati itu adalah kerana tiga perkara iaitu;
* Hubbul dunia (kasihkan dunia)
* Lalai daripada zikirullah (mengingati Allah)
* Membanyakkan makan dan menjatuhkan?anggota badan kepada maksiat kepada Allah.
Hidup hati itu kerana tiga perkara iaitu;
*? Zuhud dengan dunia
* Zikrullah
*? Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah


-->



Iklan [D]
Taubat yang syaratnya gagal dipenuhi

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Barangsiapa yang beristighfar dengan sebanyak-banyaknya, Allah SWT akan bebaskan mereka daripada sebarang kesusahan, akan mendapat rezeki yang tidak diduga daripada sumber itu serta mendapat jalan penyelesaian daripada sebarang kerunsingan."
Iklan




Orang yang tidak ditimpa runsing dalam kehidupannya, adalah merupakan suatu nikmat daripada Allah SWT.
Berapa ramai manusia yang memiliki harta kekayaan yang banyak tetapi tidak sunyi daripada dilanda runsing. Kekadang kehidupan seseorang sederhana sahaja tetapi mereka aman daripada sebarang kerunsingan jiwa dan fikirannya.
Jika berikhtiar menghilangkan kerunsingan dengan bukan jalan Allah SWT, seperti dengan berhibur yang melampau, maka usaha itu seperti menghilangkan gatal dengan menggaru akan hilang gatal sejenak. Dengan menggaru boleh menyebabkan calar berdarah bertukar jadi kudis.
Apabila kuman yang menyebabkan kegatalan aktif semula, maka gatal akan muncul kembali malah lebih parah lagi dengan munculnya kudis akibat luka digaru.
Fadilat beristighfar ialah Allah SWT akan memberi jalan penyelesaian daripada sebarang kesempitan, sama ada kesulitan hidup di dunia berbentuk kebendaan atau pemikiran dan perasaan.
Fadilatnya lagi ialah dikurniakan rezeki daripada sumber yang tidak diduga. Lebih istimewa lagi jika rezeki datang mecurah pada saat amat diperlukan.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud: "Sesungguhnya aku seorang Nabi memohon ampun dosa (istighfar) kepada Allah SWT, setiap hari sebanyak 70 kali."
Meskipun Nabi s.a.w. maksum (dikawal) dosa oleh Allah SWT, namun baginda tetap memohon ampun sebanyak 70 kali saban hari.
Apakah tujuan Nabi s.a.w. mohon ampun kepada Allah SWT dalam keadaan maksum. Tujuannya ialah untuk mentarbiyah umatnya supaya tidak mengabaikan istighfar mohon supaya Tuhan ampuni dosanya.
Jika Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar 70 kali, umatnya sebagai insan biasa yang bergelumang dosa, secara logiknya mestilah mohon ampun kepada Allah SWT setiap hari lebih daripada yang dilakukan oleh Nabi s.a.w. itu.
Bagi Nabi s.a.w. yang maksum beristighfar itu bukanlah untuk mohon ampun dosa, tetapi istighfar Nabi s.a.w. ialah mohon ampun daripada perkara yang dikira silap.
Ini kerana amalan baik bagi orang yang jujur (abrar) itu, masih dikira sesuatu yang buruk bagi golongan 'muqorrobin' seperti golongan para nabi itu.
Contohnya, jika melakukan solat fardu didahului dan diiringi dengan solat rawatib, juga mendirikan solat malam tahjud empat rakaat dan tiga rakaat witir, jika boleh kekalkan sudah dikira termasuk golongan 'abrar'.
Tetapi sekadar itu tidak layak bagi golongan para anbiya, ia dikira berdosa bagi golongn muqarrabin jika ibadatnya sekadar itu.
Adapun istighfar yang sering diucapkan oleh Nabi s.a.w. seperti berikut: "Allahummaghfirli ma qaddamtu wama akhkhartu wama asrartu wama a'alantu wama Anta a'alamu bihi minni wa Antal muqaddimu wa Antal muakhkhir wa Anta 'ala kulli syai-in qadir."
Ia bermaksud: ?Wahai Tuhan, ampunilah dosaku yang terdahulu dan dosa kemudian yang belum dilakukan, dosa yang kulakukan secara sulit tersembunyi dan dosa yang kulakukan secara terbuka, sebanyak mana yang Engkau ketahui. Sesungguhnya atas Engkau Yang Berkuasa penuh atas segala sesuatu."
Seorang ulama bernama Fudhul bin Akhyar berkata mengenai istighfar katanya: "Bahawa minta ampun dalam keadaan tidak menghentikan daripada berbuat dosa itu adalah taubat seorang pendusta."
Apabila seseorang beristighfar bererti dia mohon ampun kepada Allah SWT, apa ertinya dia mohon ampun kalau terus melakukan dosa maksiat.
Sedangkan syarat taubat ialah insaf dan menyesal, bertekad untuk tidak melakukannya lagi. Sangat pembohong bagi seorang yang mohon ampun kepada Tuhan, tetapi tidak berhasrat uantuk meninggalkan dosa dan menyesalinya.
Perbuatan itu umpama orang solat dengan memakai kain yang tercemar dengan najis, setelah dia sedar lalu digantinya dengan kain baru, sayangnya kain baru itu adalah kain curi.
Dia tinggalkan dosa diganti dengan dosa yang lain pula. Apakah ertinya itu jika dia tidak sedar sedang menipu diri sendiri?
Seorang wali besar yang masyhur dalam sejarah Islam, seorang wanita bernama Rabi'ah Al-'Adawiyyah berkata: "Sesungguhnya minta ampun bukan sekadar kerana berdosa, tetapi istighfar kerana kesalahan minta ampun daripada taubat yang tidak memenuhi syarat taubat itu."
Ertinya adalah dianggap satu dosa bagi orang minta ampun (istighfar) dalam keadaan dia tetap melakukan dosa, kerana sepatutnya dia menyesal serta berazam untuk tidak lakukannya lagi.
Beristighfar dalam keadaan demikian bererti dia sedang berdusta, seolah-olah mempermain-main dengan Allah SWT dengan istilah taubat.
Bertaubat dalam suasana demikian lebih buruk daripada melakukan dosa yang sebenar, kerana taubat seperti itu merupakan suatu dosa yang perlu bertaubat semula kerana bertaubat yang menyalahi syarat taubat. Inilah taubat manusia pendusta terhadap Tuhan. - lanh _

Sunday, April 12, 2009

sebuah pengorbanan

assalamualaikum semua..emm apa aku nak coret hari ini yer..ntah la aku pun xthu nak tulis apa ni..xpe la aku tulis apa yang termampu je la..korang jgan give up plak bila bca blog aku ni..ni aku dop dalam blik sejuk sangat sebab ni tengah hujan lebat..dah banyak hari ujan turun xslap aku dah seminggu ujan turun macam ni..ujan ni pun sbenarnya satu rahmat untuk manusia dan kepada seluruh alam ni..banyak rahmat yang turun bersama ujan ni..sini pun kita dapat lihat betapa besarnya kekuasaan Allah yang menurunkan hujan tanpa memerlukan sebarang pertolongan dari sesiapa pun..disinilah kita dapat lihat kekuasaan Allah..sesungguhnya hanya Allah yang berkuasa dan manusia tidak ada kuasa sedikit pun diatas dunia ni..kejayaan,kenikmatan,kemuliaan,kekuasaan,kemiskinan,kehinaan dan segalanya datang dari Allah..perkara ini kita perlu yakin dengan sepenuh hati..itu sedikit tazkirah dari aku petang ni..semoga kau orang dapat la sdikit ilmu dariku yg serba kekurangan ni..biase la baru2 blaja tentang ilmu agama..apa yg aku thu aku boleh la bagitahu kat sini,kalau silap kau org bleh perbetulkan yer..manusia ni serba kekurangan perlu sentiasa di ingat dan di ajar setiap masa dan waktu..
emm..teringat plak aku kat kmpung klau ujan2 mcam ni..bnyak kenangan yg aku lalui smasa kat kmpung klau ujan ptng2 mcam ni... main ujan,mengail ikan,main kejar2 n byak lagi la..aku pun xingat sangat la sbb byak sangat yg dilalui..huhuhu..rase mcam nak blik kmpung jer..tp apa nak buat exam dah dekat ni..klau blik kmpung xbuka buku la agaknya...klau kat kmpung msa ujan mcam ni lah best skali aku rasa...biasa mak aku time ujan mcam ni dia buat macam2 makanan la sbb klau ujan perut ni mudah je trasa lapar..ada2 saje yg nak di isinya..tp klau dop kat U ni mkan kna jga la..klau x jaga nnti akhir sem pokai la jadi..tp xpe la adat menuntut ilmu kena la sabar dalam bab mkan2 ni..nnti blik kmpung bleh la klau nk mkan sepuas puasnye..aku ni bleh la dikatakan orang yg kuat dalam bab mkan ni..stakat 2pinggan bleh la..dalam fmily aku pun aku yg jnis mkan byak aku rase...xpe la kuat mkan jgan kuat bnda lain sudah la..
smalam aku crita kat kau orang mse kat bilut..ni pun aku smbung ckit la yer..jgan tensen plak aku crita yg sma je..mse kat bilut ari2 aku ada jmpa gan pnduduk kmpung yg terlibat jgak dalam program ni..dia ada la ambk anak angkat ni..umur dia lbih kurang 30 an nk msuk dalam 40..aku jmpa dia pun sebab aku pergi jmpa kwan aku yg dop kat umah dia..dia ni blum khwin lagi sbb menjaga maknya yg sakit..sedih aku dengar masa dia crita tentang kisah hidupnya yg menjaga maknya..dia sanggup tidak berkahwin semata-mata nak jaga maknya..disini aku dapat rasa betapa besar pengorbanannya demi menjaga ibu yg sakit..walaupun tidak blajar tinggi dan bekerja bsar namun dia sanggup menjaga maknya..dengar kisahnya membuatkan aku sedar bahawa kehidupan ini memerlukan pengorbanan yg begitu besar..aku sendiri pun aku rasa xmampu nak lakukan pengorbanan seperti lelaki tersebut..tp dari situ aku dapat belajar sesuatu tentang pengorbanan dan kehidupan..aku pun akan cuba untuk berkorban demi membahagiakan kedua dua ibubapaku...insyaAllah..begitulah pengorbanan seorang anak yg begitu kasih menjaga seorang ibu yg sakit..aku hrap kauorang pun dpat ambik sdikit dr kisah yg aku crita tadi..kehidupan ni memerlukan pengorbanan,perjuangan dan kesabaran dalam menempuh onak dan duri dalam kehidupan...walaupun berat manapun kehidupan perlunya kita tabah...aku rasa ckup la stakat ni lgpun dah nak masuk waktu maghrib ni..laen kali la aku smbung plak..k..kao org pun bleh la nak prepare utk solat klau dah nak msuk waktu..orang2 muslimin apabila mendengar laungan azan maka bergetarlah hatinya kerana seruan kepada Allah telah smpai..

Monday, March 9, 2009

Wasiat al-Banna ke-3, berusahalah berbahasa Arab dengan fasih

Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul. Hasan al-Banna.





Asy-Syahid Imam Hasan al-Banna dalam wasiatnya yang ketiga meminta kita dapat mempelajari dan berusaha keras memahami bahasa Arab. Kenapakah pentingnya umat Islam memahami bahasa Arab dengan fasih itu?
Berikut, kami paparkan kepentingan bahasa Arab sebagai yang disebutkan dalam al-Quran.
012 � Yusuf [1] Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. [2] Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
Ar-Ra�du [37] Dan demikianlah Kami menurunkan Al-Quran sebagai hukum dalam bahasa Arab. Dan demi sesungguhnya, jika engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya kepadamu wahyu pengetahuan (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau peroleh dari Allah sesuatupun yang dapat mengawal dan memberi perlindungan kepadamu (dari perkara-perkara yang tidak diingini).
An-Nahl [103] Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: " Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia". (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al- Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.
Taha [113] Dan demikianlah Kami telah menurunkan Al-Quran sebagai bacaan dalam bahasa Arab, dan kami telah terangkan di dalamnya berbagai-bagai amaran supaya mereka (umat manusia seluruhnya) bertaqwa, atau mereka mendapat daripadanya sesuatu peringatan dari faedah mereka.
Asy-Syu'araa' [195] (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
Az-Zumar [27] Dan demi sesungguhnya! Kami telah mengemukakan kepada umat manusia berbagai misal perbandingan dalam Al-Quran ini, supaya mereka mengambil peringatan dan pelajaran. [28] laitu Al-Quran yang berbahasa Arab, yang tidak mengandungi sebarang keterangan yang terpesong; supaya mereka bertaqwa.
Fussilat [1] Haa, Miim [2] Turunnya Kitab ini dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. [3] Sebuah Kitab yang dijelaskan ayat-ayatnya satu persatu; iaitu Al-Quran yang diturunkan dalam bahasa Arab bagi faedah orang-orang yang mengambil tahu dan memahami kandungannya.
Asy-Syuura [7] Dan sebagaimana Kami tetapkan engkau hanya penyampai, Kami wahyukan kepadamu Al-Quran dalam bahasa Arab, supaya engkau memberi peringatan dan amaran kepada (penduduk) "Ummul-Qura" dan sekalian penduduk dunia di sekelilingnya, serta memberi peringatan dan amaran mengenai hari perhimpunan (hari kiamat) - yang tidak ada syak tentang masa datangnya; (pada hari itu) sepuak masuk Syurga dan sepuak lagi masuk neraka.
Az-Zukhruf [1] Haa, Miim. [2] Demi Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. [3] Sesungguhnya Kami jadikan Kitab itu sebagai Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal) memahaminya.
Al-Ahqaaf [12] (Bagaimana mereka tergamak mengatakan Al-Quran ini rekaan dusta yang telah lama?) Pada hal telah ada sebelumnya Kitab Nabi Musa yang menjadi ikutan dan rahmat (kepada umatnya); dan Al-Quran pula sebuah Kitab - yang mengesahkan kebenaran (kitab-kitab yang telah lalu), - diturunkan dalam bahasa Arab untuk memberi amaran kepada orang-orang yang zalim, dan berita gembira bagi orangorang yang berbuat kebaikan.
Yusuf [1] Alif, Laam, Raa'. Ini ialah ayat-ayat Kitab Al-Quran yang menyatakan kebenaran. [2] Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.