Sunday, January 11, 2009

Kata-kata hikmah

perjuangan secebis jihad,kekadang meruntum hati,menguji rasa,namun setiap kegetiran melanda,renungkan kembali 1hakikat,kitalahmujahid Allah..senyum,menangis kerana Allah,ayuh bangkitlah wahai saudara berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir


sulami jalan perjuangan ini dengan benang ukhuwah,nescaya kau tidak akan berseorangan dalam meniti ranjau duri..nescaya kau akan dapati disebalik duri terselit kemanisan yang disediakan bagi insan yang yang ikhlas.ukhwah itu terlalu indah dijadikan sebagai bekalan iringan pejuang..istiqamah ke akhir hayat..teruslah perjuanganmu tanpa berbelah bagi..perjuangan memerlukan pengorbanan hinnga ketitisan darah yang terakhir..


setitis air mata yang gugur kerana keinsafan,seribukali lebih baik dari sejuta mutiara dilautan..sesaat bersedih kerana keredha Allah aalah lebih baik daripada seharian bersedih kerana cinta manusia..sejernih wajah kerana wuduk yang sempurna lebih bercahaya dari kilauan segunung permata..sesuci hati kerana cinta ilahi itulah hakikat cinta yang abadi..

mengingati Allah itulah ketenangan..mengingati mati sumber kekuatan iman..mengingati akhirat semulia-mulia ingatan..


ketenangan itu milik orang orang yang beriman agarbercambah benih hikmah dalam perlakuan..orang yang banyak diuji jiwanya akan perkasa dan orang yang ditimpa kesusahan akan selalu ingat pada Allah..bertuahlah apabila kita di uji kerana jika sabar dan tabah menghadapinya pasti ada kemenangan yang menanti...


Buatmu ..selangkah ke alam perjuangan beerti selamanya dalam kepahitan..biarlah menangis,terluka,kecewa danditinggalkan kerana Allah daripada mati terkambus tanpa mujahadah..kita tak sanggup terluka selamanya tapi ingatlah setiap titisan darah dan air mata itulah yang menghantar kita ke syurga..apabila ditanya kenapa berjuang itu pahit jawabnya kerana syurga itu manis..moga tabah tabah dan xberbelah bagi..selamat berjuang keakhirnya.

bila kau letih dan hilang semangat,Allah tahu betapa kau telah mencuba sedaya upaya..bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan,Allah telah mengiratitisan air matamu..bila kau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu,Allah setia disisimu..bila kau telah mencuba segalanya tapi tak tahu tujuan.Allah ada jalan penyelesaianya..bila xda yang bererti buatmu,keliru dan kecewa,Allah adalah jawapannya..

seorang sahabat bertanya rasulullah s.a.w siapakah yang menjadi sahabat yang paling baik bagi kami?jawabnya orang yang apabila kamu memandangnya kamu teringat akan Allah..apabila kamu dengari percakapannya pengetahuan kanu tentang Islam bertambah..apabila kamu melihat kelakuannya kamu teringat kepada kehidupan akhirat..

sahabatku..kiranya waktu sekejap itu menjadi kenangan untuk kita ingatlah sepanjang zamanmu.ingatlah aku selagi kau kau mampu..jika pula masa datang memusnahkan keakraban yang telah lama terbina..ukirlah secebis tentang diriku dihatimu agar nanti tika bersua kau masih mengingati siapa diriku..

No comments:

Post a Comment