Sunday, October 30, 2011

Agama dalam diri ( Muhasabah )

Dikisahkan mengenai seorang ulama bernama Imam Farouq Hussein,
berpengetahuan luas dalam bidang agama, beliau menukilkan;

"Orang yang paling berjaya di sisi ALLAH ialah mereka yang melihat agama dari segi
MELIHATNYA UNTUK MENGAMALKANNYA DAN BERDISIPLIN DENGAN SETIAP HUKUM AGAMA PADA DIRI SENDIRI DAN BERLEMBUT DENGAN MANUSIA LAIN."

ATAU dengan perkataan mudahnya..

BERAMAL DENGAN HARAPAN DAN TAKUT SUPAYA ALLAH
SELAMATKAN DIRINYA DARI AZAB...

INGAT! SELAMATKAN DIRINYA DARI AZAB..

Jadi, untuk mengenal pasti samada kita telah berjaya memurnikan agama dalam diri kita,
kita hendaklah melihat agama itu untuk KITA AMALKAN bukan UNTUK ORANG LAIN AMALKAN.
(sila fikir dengan teliti)

Bukankah kita ini hina kerana dosa?
Bukankah kita ini patut merendah diri?
Bukankah kita ini MUSTAHIL akan masuk syurga jika ada
perasaan sombong walaupun sebesar zarah?
Bukankah kita ini hanya dapat beramal dengan taufik & hidayah dari ALLAH?

Jadi, marilah bertaubat dengan pelbagai dosa sombong dan merasa diri banyak amalnya..

Bersangka baik dengan ujian Allah

Daripada Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi bahawa keduanya masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya, "Bagaimana keadaanmu pagi ini?". Dia menjawab, "Aku berada dalam keadaan baik". Syaddad berkata kepadanya, "Bergembiralah engkau dengan perkara yang menghapuskan dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku mendengar Rasulullah bersabda, Sesungguhnya Allah swt berfirman, Apabila aku menguji seseorang dari hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan ibunya, bersih daripada segala kesalahan, dan Tuhan berfirman kepada malaikat penulis amal itu, Aku sudah mengikat hamba-Ku itu dan mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika ia berkeadaan sihat." (HR Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi)

Alangkah beruntungnya mereka ditimpa ujian Allah, tetapi reda dengan keadaannya kerana tidak ramai daripada kita apabila didatangkan ujian sedangkan Allah menjanjikan amalan baik untuk mereka yang tidak merungut.Sepatutnya apabila berhadapan dengan keadaan kurang menyenangkan, hendaklah kita bersangka baik kerana mungkin itu untuk menghapuskan dosa atau peringatan supaya kita bermuhasabah diri.

Ada kalanya, teguran daripada ahli keluarga atau rakan menyebabkan kita marah dan enggan menerima kritikan, tetapi teguran Allah mungkin dengan cara mendatangkan musibah menimbulkan keinsafan untuk menilai kembali perkara yang kita lakukan.

Nabi saw bersabda yang bermaksud, "Tidak ada sesuatu menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan mengingatkan apa yang berlaku sehinggakan tikaman duri mencucuknya melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosanya." (HR Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah).

Begitu juga apabila didatangkan sakit berpanjangan, kita dilarang sekali berdoa meminta mati hanya kerana tidak tahan menanggung ujian sakit dan ingin ditamatkan segera kesakitan itu. Sebaliknya, jangan kita berputus asa berdoa supaya diberi kesabaran dan pada masa sama mengharapkan belas ehsan-Nya supaya dikembalikan nikmat kesihatan.

Ada kalanya, keadaan kita yang terdampar sakit bukan hanya kerana Allah ingin menguji kita, tetapi juga orang di sekeliling seperti ahli keluarga dan saudara mara. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; jika keadaannya mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata, Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (HR Anas

Friday, October 28, 2011

Renungan buat wanita

Wanita itu dekat dgn kemuliaan Nubuwah
Mereka membersihkan jalan para pejuang agama
Keringat mereka adalah tingkat hidup kita
Di dalam rahimnya berpahala syuhada
Ditentukan syurga di bawah telapak kakinya
Kesakitannya mewujudkan manusia
Dukacita menyelumuti hati,para malaikat bersedih pilu
Ketika wanita tidak peduli lagi,tubuh gemalai kerlingan mata
Pipi merah dada montok,berbaju ketat melukis tubuh
Pelbagai kenistaan digelar wanita
Zahirnya wanita,batinnya bukan wanita
Ia telah pecahkan mahkota kemuliaan
Terpisah salam mulia para malaikat
Doa berganti laknat
Kecantikan suci terburai berganti petaka
Aliran pahala berganti dosa
Sama sekali tak tahu malu
Mutiara itu untuk syurga,terhijab kerana harganya
Tertutup kerana mulianya
Bukan murah tak berharga
Masa ini masanya berlaku
Esok adalah menerima rasa
Hijab itulah pemeliharanya
Wahai pemelihara nikmat syariat Allah
Butakah hati yang tak mengenal Allah
Hinalah mereka yang tertawan nafsu
Jadilah Fatimah-Fatimah penyambung zaman
Jadilah Fatimah-Fatimah seterusnya
Sebagai pelahir Hassan dan Hussein yang baru
Dalam darahmu ada kesucian
Sabda NAbi saw:
Dunia ini adalah perhiasan
Dan sebaik2 hiasan adalah wanita solehah

Kenapa aku diuji

Kenapa aku diuji?
~Apakah manusia itu mengira bhw mereka dibiarkan shj mengatakan "kami beriman,sedang mereka blm diuji?dan sesungguhnya kami tlh menguji org2 yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org yg dusta (Al-ankabut:2-3)

Kenapa aku mendapat ujian seberat ini?
~Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..(Al-baqarah:286

Kenapa aku rasa tertekan?
~Janganlah kamu bersikap lemah,dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 yg beriman (Al-imran:139)

Kenapa aku masih tidak dpt apa yg ku impikan?
~Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bgmu,Allah mengetahui sdg kamu tdk mengetahui (Al-baqarah:216)

Bagaimana harus aku menghadapinya?
~Wahai org2 beriman,bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dan mengerjakan perkara kebajikan) dan kuatkanlah (kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh di medan perang) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu berjaya mencapai kemenangan (Al-imran:200)
~Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn sabar dan solah,sesungguhnya solah itu amatlah berat kecuali kepda org2 yg khusyuk (Al-baqarah:45)

Apakah ganjaran yg aku dapat daripada ini?
~Sesungguhnya Allah Taala telah membeli daripada org mukmin diri dan harta mereka dengan memberi syurga untuk mereka (At-taubah:111)

Kepada siapa mesti aku harapkan?
~Cukuplah Allah bagiku,tiada tuhan selainNya,hanya kepadanyalah aku bertawakal (At-taubah:129)

Thursday, October 27, 2011

Zikir, istighfar cara memohon keampunan

KEHIDUPAN di dunia ini hanya menawarkan kenikmatan kepada manusia yang menyebab�kan mereka sentiasa tidak puas dengannya. Bisikan syaitan pula sedaya upaya menggoyahkan iman manusia sehingga berlaku ‘peperangan’ sama ada untuk melakukan kebaikan atau kemungkaran.Sebagai manusia, kita diberi peluang seluas-luasnya untuk memilih antara satunya. Jika nafsu syaitan berjaya menundukkan manusia bermakna mereka akan hilanglah sifat kemanusiaan.Setiap kejahatan dan kemaksiatan yang dilakukan seseorang ibarat titik hitam yang akan mengotori seterusnya mengeraskan hati mereka.Maka bersegeralah memohon taubat daripada Allah dengan harapan Allah menerimanya serta mengampunkan dosa-dosa kita yang terdahulu
Allah berfirman yang bermaksud: “Dia yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kejahatan mereka...” (Surah Asy-Syura ayat 25).

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang yang bertaubat dari dosa, bagaikan orang yang tidak berdosa. Diceritakan bahawa Umar Al-Khattab berjalan-jalan di pinggir kota, beliau kemudian melihat seorang pemuda membawa botol yang disorok di balik bajunya lalu Umar berkata, “Wahai pemuda, apa yang engkau sorokkan di balik bajumu itu?” Sebenarnya dia membawa arak tetapi takut untuk mengatakannya. Maka dalam hatinya berdoa, “Ya Tuhanku, jangan engkau beri aku malu di hadapan Umar, jangan engkau bukakan rahsiaku kepadanya. Aku berjanji tidak akan minum arak selamanya.” Kemudian pemuda itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, yang aku bawa ini ialah cuka.” Lalu Umar berkata, “Cuba bawa ke sini aku lihat.” Kemudian pemuda itu mengeluarkannya dan diperiksa Umar dan ternyata memang benar arak itu bertukar menjadi cuka. Maka lihatlah makhluk yang bertaubat kerana takut kepada makhluk saja lantas Allah meng�gantikan arak itu dengan cuka kerana mengetahui keikhlasannya mahu bertaubat.Seandainya orang yang melakukan kejahatan lalu mereka bertaubat nasuha dan menyesali perbuatan dosanya itu pasti Allah s.w.t menerima taubatnya.Begitu juga dengan sebuah lagi kisah Abu Hurairah, beliau berkata, “Pada satu malam selepas solat Isyak, aku keluar bersama Rasulullah. Ketika berjalan aku berjumpa dengan seorang wanita dia berkata, “Wahai Abu Hurairah, sesungguhnya aku sedang melakukan dosa. Apakah aku masih boleh bertaubat?” Kemudian aku tanya dia, “Apakah dosamu itu?” Dia berkata, “Aku berzina dan membunuh anakku hasil perbuatan zina itu.” Lalu aku bertanya kepadanya, “Terlaknatlah engkau. Terlaknatlah engkau. Demi Allah, taubatmu tidak akan diterima.” Lalu wanita itu keluar dengan hati sedih. Maka aku terfikir dalam hatiku, mengapakah aku berfatwa? Sedangkan Rasulullah berada di samping kami. Maka aku segera menemui baginda. Lalu baginda berkata, “Engkau sudah salah. Apakah engkau tidak mendengar ayat ini: “Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak pula membunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran dan tidak pula mereka berzina. Barang siapa yang membuat demikian, nescaya akan menemui dosa (seksa). Dilipat gandakan seksa untuknya pada hari kiamat dan kekal di dalamnya serta terhina. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman lagi beramal soleh. Maka Allah akan mengganti kejahatan mereka dengan kebaikan.
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Furqan ayat 68 hingga 70).

Kemudian aku keluar dan berkata, “Siapa boleh menunjukkan kepadaku wanita yang bertanya masalah kepadaku?” Lalu anak-anak berkata, “Dia sudah gila wahai Abu Hurairah!” Namun, aku cari dia sampai jumpa dan akan khabarkan kepadanya bahawa taubatnya masih diterima. Lalu dia menjerit kegirangan sambil berkata, “Aku ada kebun. Maka aku akan sedekahkan ia kerana Allah dan Rasul-Nya.” Antara syarat taubat ialah bersegera meninggalkan dosa, menyesal dengan apa yang berlaku dan bertekad tidak akan mengulangi kembali perbuatan itu lagi.

Kita hendaklah meninggal�kan dosa kerana Allah dan bukannya kerana ada sebab lain. Sesungguhnya penerimaan taubat di sisi Allah hanyalah bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan kemudian mereka segera bertaubat.Sebahagian ulama menyatakan tiada kepastian sama ada taubat seseorang itu diterima atau tidak tetapi ia tanda-tandanya boleh dikesan. Bagi mereka yang diterima taubatnya sentiasa menjaga dirinya daripada melakukan maksiat seolah-olah dalam hati mereka tiada kegembiraan selain mengingati Allah selain sering bergaul dengan orang-orang soleh serta menjauhi golongan fasik.
“Firman Allah yang bermaksud: “Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, sedang taubatnya itu sudah terlambat. Dan demikian juga halnya orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang yang demikian Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Nisa’ ayat 18).

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat hamba-Nya, selagi roh belum sampai di kerongkong (hampir dengan ajal).” (Hadis riwayat al-Tirmidzi).
“Meskipun pengampunan Allah itu amat luas namun, Islam menggalakkan hambanya bersegera menginsafi kesalahan yang dilakukan.”
Amalan berzikir atau beristighfar adalah antara cara yang boleh dilakukan bagi memohon keampunan daripada Allah.

“Beristighfar wajar dijadikan amalan harian seperti mana yang dilakukan Rasulullah. Zikir “Sayyid al-Istighfar” (Penghulu istighfar) sewajarnya dijadikan amalan harian, pada setiap masa. “Setiap kesalahan dan dosa yang pernah kita lakukan seharusnya menjadi rahsia dalam diri kita sahaja. Tidak perlu dihebahkan atau diceritakan segala dosa silam yang pernah kita lakukan kepada orang lain.“Hal ini penting, demi menjaga maruah dan aib diri sendiri pada masa akan datang. Tidak mustahil, pada masa akan datang ketika kita sudah insaf dan bertaubat ia diungkit �kembali oleh orang yang pernah mendengar kisah silam kita.

“Justeru, maruah diri mestilah dijaga dan tidak perlu dihebahkan dosa dan kesalahan yang lalu. Apa yang sepatutnya kita lakukan ialah mengadu dan ceritakanlah salah silap kita di hadapan Allah dengan rasa penuh insaf dan mengharapkan keampunan-Nya. “Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Barang siapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan, lalu memilih jalan lurus. Maka sesungguhnya Allah s.w.t menerima taubatnya dan Tuhan itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Maidah, ayat 39).

Tuesday, October 18, 2011

Teruskan....

Kadang kala kita merasakan cinta itu telah tiada dalam diri kita kerana jiwa kita kosong dari pergantunganNya. Seringkali kita lupa tentang pengertian cinta yang ada dalam diri kita sedangkan cinta itu tidak pernah mati dalam diri kita. Kita masih tidak bertemu cinta yang sebenar kerana kita seringkali alpa dan sirna dengan arus kehidupan. Mengapa kita mudah meninggalkan cinta yang satu itu, padahal Dialah yang memberi cinta kepada kita disaat kita kehilangan. Disaat jiwa ini sepi dari kehidupan dialah yang memberi kekuatan untuk terus bangkit kerana hidup ini tidak pernah mempersiakan. Usahlah dikenang akan segala kepedihan hati dan kekosongan jiwa kerana engkau bukanlah seorang yang bisa sepi tanpa kehidupan. Hiasilah perjalananmu dengan perjuangan dan kesabaran kerana ianya tidak menjanjikan sesuatu yang tidak pasti buatmu. Tabahlah dalam pelarian kerana ianya akan menemukan engkau dengan yang lebih baik dari kehidupan sekarang. Hentikan kenangan yang suram dan pudar dalam hidupmu kerana engkau akan menemukan yang belum pernah engkau lalui dalam hidupmu.

Teruskan....

Kadang kala kita merasakan cinta itu telah tiada dalam diri kita kerana jiwa kita kosong dari pergantunganNya. Seringkali kita lupa tentang pengertian cinta yang ada dalam diri kita sedangkan cinta itu tidak pernah mati dalam diri kita. Kita masih tidak bertemu cinta yang sebenar kerana kita seringkali alpa dan sirna dengan arus kehidupan. Mengapa kita mudah meninggalkan cinta yang satu itu, padahal Dialah yang memberi cinta kepada kita disaat kita kehilangan. Disaat jiwa ini sepi dari kehidupan dialah yang memberi kekuatan untuk terus bangkit kerana hidup ini tidak pernah mempersiakan. Usahlah dikenang akan segala kepedihan hati dan kekosongan jiwa kerana engkau bukanlah seorang yang bisa sepi tanpa kehidupan. Hiasilah perjalananmu dengan perjuangan dan kesabaran kerana ianya tidak menjanjikan sesuatu yang tidak pasti buatmu. Tabahlah dalam pelarian kerana ianya akan menemukan engkau dengan yang lebih baik dari kehidupan sekarang. Hentikan kenangan yang suram dan pudar dalam hidupmu kerana engkau akan menemukan yang belum pernah engkau lalui dalam hidupmu.