Kadang kala kita merasakan cinta itu telah tiada dalam diri kita kerana jiwa kita kosong dari pergantunganNya. Seringkali kita lupa tentang pengertian cinta yang ada dalam diri kita sedangkan cinta itu tidak pernah mati dalam diri kita. Kita masih tidak bertemu cinta yang sebenar kerana kita seringkali alpa dan sirna dengan arus kehidupan. Mengapa kita mudah meninggalkan cinta yang satu itu, padahal Dialah yang memberi cinta kepada kita disaat kita kehilangan. Disaat jiwa ini sepi dari kehidupan dialah yang memberi kekuatan untuk terus bangkit kerana hidup ini tidak pernah mempersiakan. Usahlah dikenang akan segala kepedihan hati dan kekosongan jiwa kerana engkau bukanlah seorang yang bisa sepi tanpa kehidupan. Hiasilah perjalananmu dengan perjuangan dan kesabaran kerana ianya tidak menjanjikan sesuatu yang tidak pasti buatmu. Tabahlah dalam pelarian kerana ianya akan menemukan engkau dengan yang lebih baik dari kehidupan sekarang. Hentikan kenangan yang suram dan pudar dalam hidupmu kerana engkau akan menemukan yang belum pernah engkau lalui dalam hidupmu.
No comments:
Post a Comment