Wednesday, October 15, 2008

NOTA HUBUNGAN ETNIK

Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik

Konsep Masyarakat
Masyarakat menurut definisi kamus dewan(2005)ialah kumpulanmanusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu

Konsep Etnik,Etnisiti dan Etnosentrisme

Etnik boleh di definisikan sebagai kelompok manusia yangmengamalkan budaya yang hamper seragam,termasuk adapt resam,pakaian,bahasa dankegiatan ekonomi.Konsep etnik mempunyai erti yang berkait rapat dengankonsep-konsep ras dan bangsa.
Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etniktertentu.Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelasmenyatukann anggotanya dengn satu sejarah,nilai,sikap dan tingkah laku yangsama.
Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasabangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budayadan etnisiti mereka adalah jauh lebih dan hebat daripada kelompok lain.

Konsep Ras dan Rasisme

Ras boleh diertikan sebagai sebuah kelompok social yangmempunyai tanda pengenalan kolektif berasaskan cirri-ciri fizikal-biologikalnyata,seperti warna kulit,warna rambut dan sebagainya.Ciri paling ketara yangdi gunakan untuk membezakan kumpulan manusia ialah warna kulit.
Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan,pemikiran,ataukepercayaan negative oleh sesuatu kelompok social atau para anggotanya terhadapsesuatu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal-biologikal atau rassemata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakanterbuka.

Konsep Prejudis dan Stereotaip

Prejudis di takrif sebagai pandangan negative mengenai ahliatau kelompok etnik lain yang tersemat dalam hati seeorang atau kelompok etniktertentu.Prejudis tidak diluahkan secara terbuka.
Stereotaip merupakan kenyataan-kenyaaan umum yang negativeterhadap sesuatu kumpulan etnik lain seperti semua orang Arab itu beragamaIslam,orang Belanda itu bersifat kedekut dan sebagainya.

Konsep Diskriminasi

Diskriminasi ditakrif sebagai pandangan,pemikiran dankepercayaan negative oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota ataukelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangannegative.Erti yang sebenarnya ialah diskriminasi ialah perbuatanmembandingbezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lainberasaskan cirri-ciri etnik semata-mata.Diskriminasi merupakan manifestasiprasangka yang wujud dalam kalangan sesuatu kumpulan etrnik.Diskriminasisemakin mudah berlaku terutama apabila wujud prejudis dan stereotaip dalamsesebuah masyarakat,sama ada pada peringkat individu ataupun kumpulan.


Konsep Perpaduan dan Integrasi

Perpaduan boleh diertikan sebagai satu proses yangmenyatupadukan seluruh masyarakat dan Negara supaya setiap anggota masyarakatdapat membentuk satu indentiti dan nilai bersama serta perasaan cinta danbanggakan tanahair.

Integrasi merupakan satu proses bagi mewujudkan satuidentity nasional dalam kalangan kumpulan yang terpisah dari segikebudayaan,social dan lokasi dalam sesebuah unit politik.Unsur integrasiterdiri daripada:

-Integrasi Wilayah yang bertujuan mengurangkan jurangperbezaan pembangunan ekonomi dan social antara wilayah yang maju dan yangmundur.Di Malaysia tumpuan integrasi wilayah antara Malaysia Barat denganMalaysia Timur dan Pantai TimurSemenanjung Malaysia dengan Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

-Integrasi ekonomi yang boleh di ertikan sebagai usaha-usahauntuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan etnik.

-Integrasi kebudayaan melibatkan usaha membentuk satukebudayaan kebangsan.

-Integrasi social yang merangkumi usaha-usaha menyatupadukanrakyat melalui program social seperti sukan,pendidikan,perumahan dan kesihatan.

-Integrasi pendidikan bertujuan mewujudkan satu systempendidikan yang bercorak kebangsaan dan sempurna dari segi intelek,jasmani danrohani.

-Integrasi politik yang merangkumi usaha-usaha menyatukanrakyat melalui kerjasama dan pembahagian kuasa politik.


Konsep Segregasi

Konsep Segrasi merupakan pemisahan atau pengasingan antarasatu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuahNegara.Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan antaranya dari segi kawasantempat tinggal,system tempat tinggal,system persekolahan,pengangkutan dankemudahan awam.Segregasi wujud sama ada di dasari leh undang-undang atausebaliknya seperti dasar Aparteid di Afrika Selatan yang di laksanakan antaratahun 1948-1994.

Konsep Akomodasi

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulanetnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetapmempertahankan budaya hidup masing-masing.Konsep ini di wakili oleh formulaA+B+C=A+B+C,di sini A,B dan C merujuk kepada budaya.


Konsep Akulturasi

Akulturasi merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaandalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yangberbeza.Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatukebudayaan tertentu di hadapkan dengan unsure dari suatu kebudayaan asing yangberbeza sehingga unsure kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan di olahdalam kebudayaan sendiri.


Konsep Asimilasi

Asimilasi merupakan satu proses percantuman dan penyatuanantara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengankebudayaan dan identity yang sama.Asimilasi mutlak menyebabkan berlakunyapenghapusan penuh perbezaan dari segi kebudayaan dan identity.Konsep ini diwakili dengan formula A+B+C=A.


Konsep Amalgamasi

Amalgamasi merupakan satu proses yang terjadi apabila budayaatau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru.Cara utama dalammenentukanproses amalgamasi adalah dengan terjadinya perkahwinan campur antarakumpulan etnik.Konsep ini di nyatakan dalam bentuk formula A+B+C=D

No comments:

Post a Comment