Wednesday, October 15, 2008

Tanggungjawab Guru

.Tanggungjawab terhadap pelajar.
1 -Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar daripada hal-hal lain.
2 -Bersikap adil terhadap setiap pelajar tanpa mengira factor-faktor jasmani,mental,emosi,politik,ekonomi,social,keturunan atau agama.
3 -Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.
4 -Membimbing atau mengajar seorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang di ajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran.
5 -Menunjukkan suatu cara pakaian,pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.
Tanggungjawab terhadap ibubapa
1.Menghormati tanggungjawab utama ibubapa terhadap anak-anak mereka
2.Beruasaha mewujudkan hubungan mesra danb kerjasama yang erat di antara insitusi pendidikan dengan rumahtangga.
3.Menganggap semua maklumat yang di berikan oleh ibubapa mengenai keadaan rumahtngga atau mengenai anak-anak mereka sebagai sulit.
4.Memberikan maklumat kepada ibubapa demi kepentingan anak-anak mereka.
5.Mengelakkan diri dari menggunakan atau di pengaruhi oleh kedudukan social dan ekonomi ibubapa.
Tanggungjawab terhadap masyarakat dan Negara.
1.Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakan kepentingan pelajar,masyarakat atau Negara ataupun bertentangan dengan Rukun Negara.
2.Memupuk sikap dan nilai dalam diri setiap pelajar yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia,bertanggungjawab dan b erguna,menghormati orang-orang tua dan menghormati perbezaan budaya,keturunan dan agama.
3.Menghormati masyarakat tempat berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4.Mengalakkan kerjasama dan persefahamankan di antara guru dengan ibubapa,institusi pendidikan dengan masyarakat.
5.Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,kebudayan dan kecendiakawan masyarakat.
6.Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik.
Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan
1.Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seorang guru di hadapan pelajar atau ibubapa,atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.
2.Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yangn boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.
3.Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan social.
4.Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru menceburkan diri dalam profesion perguruan.
5.Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.
6.Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan perguruan.
SIFAT DAN TANGGUNJAWAB GURU
1.Baik hati.Sikap baik hati dan timbang rasa seseorang guru amat di hargai oleh murid-murid.Murid-murid akan belajar dalam suasana yang tenteram,yakin dan senang hati.
2.Jenaka.Sifat jenaka seseorang guru akan membawa suasana riang gembira kepada murid-murid dalam bilik darjah.Guru yang suka berjenaka adalah guru yang suka di dekati oleh muridnya.Perhubungan guru dengan murid akan terjalin dengan erat dan ini sangat baik dalam konteks pengajaran dan pembelajaran.Dengan sifat jenakanya,guru dapat menjadikan pelajarannya lebih menarik dan berkesan.
3-Sabar.Seseorang guru yang mempunyai sifat sabar adalah guru yang boleh mengawal perasaan diri.Guru ini tidak mudah meradang dalam apa jua keadaan.Guru yang mudah menunjukkan kemarahannya tidak akan dapat menjalin hubungan yang erat dengan murid-muridnya.Akibatnya sifat kurang sabar ini akan menjejaskan pengajaran dan pembelajaran.
4. Bertanggungjawab.Sifat bertanggungjawab akan sentiasa membuatkan guru itu mementingkan tugas yang di amanahkan kepadanya.Seseorang guru yang bertanggungjawab akan sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan sempurna.
5-Yakin .Kebanyakkan masalah disiplin yang timbul di dalam bilik darjah adalah disebabkan sifat kurang yakin guru sendiri.Guru yang mempunyai sifat yakin tidak akan merasa takut apabila perlu membuat satu-satu tindakan atau keputusan.
6-Kepimpinan.Guru merupakan pemimpin kepada murid-murid.Oleh itu seseorang guru haruslah mewarisi ciri-ciri kepimpinan supaya murid-muridnya akan mematuhi segala tunjuk ajar dan arahan guru.Murid-murid akan menghormati guru yang mempunyai kualiti kepimpinan.Dengan kualiti kepimpinan ini segala aktiviti pembelajaran akan dapat di jalankan dengan licin dan berkesan.

No comments:

Post a Comment