Di suatu malam yang indah, angin sepoi-sepoi, dikala aku menyelak sebuah helaian kertas tebal aku telah terserempak dengan suatu ayat yang panjang yang membuatkan aku terfikir dan terus terfikir... Oh hinanya diriku ini... aku telah lama lemas dalam lautan(dunia) ini.... dan terus lemas.... bilakah kiranya aku ingin berenang semula... agar ketika aku telah jumpa pulau(kematian) yang aku cari , aku boleh berhenti berenang.... Selalu saja aku rasa aku terjumpa dengan pelampung2 penyelamat(petunjuk) tapi jarang sekali aku menggunakannya.... sangat jahil diri ini..
Ramai orang kata di penghujung laut ini iaitu di setiap pulau setiap manusia itu, ada satu ujian yang sangat berat, atau final exam... ianya ialah ujian berdepan dengan pirate of carribean.. aku perlu bersiap sedia agar aku dapat kalahkan pirate of carribean ini.. kerana pirate of carribean ini berniat untuk merompak dari setiap manusia yang ingin sampai ke pulau itu...
Sebelum dekat dengan pulau ini pon, pirate of carribean telah menghantar anak-anak buahnya supaya melemaskan aku dalam usahaku berenang menuju ke pulau idaman setiap manusia... pirate of carribean ini akan mencuba dan mencuba merompak sesuatu di dalam dada setiap manusia, agar kita mengikut jejak langkahnya menjadi lanun(syirik kepada Allah) sebelum kita sampai di pulau itu...
Dan jika aku tidak bersiap sedia dan terus berenang, maka sesungguhnya, mudahlah bagi pirate of carribean ini merompak pada saat akhir aku ingin sampai ke pulau itu... oh...
Terimalah....
Hadith qudsi
Aku(Allah) hairan terhadap orang yang yakin akan datangnya kematian tapi mengapa ia masih membanggakan diri?
Aku hairan terhadap orang yang yakin dengan hari perhitungan, mengapa masih sibuk menimbunkan harta?
Aku hairan terhadap orang yang yakin akan masuk kubur, mengapa masih tertawa terbahak-bahak?
Aku hairan terhadap orang yang yakin terhadap hari akhirat, mengapa masih bersenang-senang dan lalai x beramal?
Aku hairan terhadap oran gyang yakin akan lenyapnya dunia ini, mengapa dia masih menambat hati padanya?
Aku hairan terhadap orang alim yang pintar tapi bodoh dalam faham pengertian.
Aku hairan terhadap orang yang sibuk menyelidik aib orang lain, tapi lupa terhadap cela diri sendiri.
Aku hairan terhadap orang yang tahu Allah memperhatikan tingkah lakunya, mengapa dia masih durhaka kepada Allah?
Aku hairan terhadap orang yang yakin dia akan mati masuk kubur sendirian, mengapa masih bergurau dengan orang banyak?
Perkhemahan Sunnah dan Konvokesyen sunnah?
50 minutes ago
No comments:
Post a Comment