Friday, December 9, 2011

Batas batas pergaulan menurut Islam

Batas batas pergaulan dalam Islam

1.Menundukkan pandangan:
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya,sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yangberiman: Hendaklahmereka menahan pandangan nya dan memelihara kemaluannya. (an- Nuur: 30)Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAHberfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah merekamenahan pandangan nya dan memelihara kemaluannya. (an-Nuur: 31)

2.Menutup Aurat;
ALLAH berfirman dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecualiyang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (an-Nuur : 31) Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin:Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (an-Nuur: 59). Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis. Dari Abu Daud Said al-Khudri r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseoranglelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3.Ada nya pembatas antara lelaki dengan wanita
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas.
Sebagaimana firman-NYA; Dan apabilakalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab.(al-Ahzaab : 53)4.Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan;
Dari Ibnu Abbas r.a. berkata: Saya mendengar Rasulul lah SAW bersabda:Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim) Dari Jabir bin Samurahberkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (HadisRiwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5.Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan):
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepadasuaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklahseperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tundukdalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orangyang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataanyan g baik. (al-Ahzaab: 32) Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etikayang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dialam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya.

(Tafsir Ibnu Kathir 3/ 350)
6.Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis;
Dari Maqil bin Yasar r.a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halalbaginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikhal-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/448)Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH,tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari) Inilah sebahagian etika pergaulan lelakidan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanyaatau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya, sebagaimana sabdaRasulullah SAW; Dari Abu Hurairah r.a. dari Rasulullah SAW bersabda:Sesungguhnya ALLAH menetapkan untuk anak adam bahagiannya dari zina,yang pasti akan mengenainya. Zina mata dengan memandang, zina lisan dengan berbicara, sedangkan jiwa berkeinginan serta berangan- angan, lalu farji yang akan membenarkan atau mendustakan semuanya. (Hadis Riwayat Bukhari,Muslim & Abu Daud) Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dansegala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. SebagaimanaFirman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32

Walaupun pergaulan dibenarkan oleh syariat dalam suasana terpaksa dan keperluan, namun Islam telah meletakkan adab-adab dan disiplin dalam pergaulan lelaki dan wanita. Perkara-perkara inilah yang akan mengekang sikap-sikap serong dalam pergaulan antara wanita ajnabi dan lelaki. Kita perlu mengukur adakah pergaulan kita sekarang ini, sama ada di tempat kerja, dalam kenderaan awam, ketika membeli belah, bersiar-siar, berpolitik, amal-amal sosial, aktiviti- aktiviti luar dan lain-lain bertepatan dengan ajaran dan prinsip agama kita Islam. Sikap yang tidak mengikut lunas- lunas Islam lambat laun akan mengundang akan kecelakaan.

Sunday, November 20, 2011

masihkah ada ruang

dalam menyusuri kehidupan berbagai dugaan dan halangan yang terpaksa setiap orang untuk lalui..ada yang gembira, sedih,pahit, manis,kenangan, igauan dan bermacam rasa yang dirasakan. kesemua ini merupakan lumrah kehidupan bagi menambahkan rencah dalam menghadapi pusingan roda perjalanan hidup. ada ketika kita rasakan hidup ini sangat bermakna dan bererti bila kita mendapatkan apa yang kita cita dan impikan dan ada masa kita rasakan hidup ini begitu sukar dan kosong bila kita gagal mendapatkan apa yang kita hajati dan inginkan..tika itu kita merasakan mengapa saja kehidupan kita begitu malang dan kelam tanpa kehadiran impian yang diharapkan.. tekadang kita mengharapkan semua yang kita inginkan menjadi milik milik kita. seringkali kita menginginkan agar kita memiliki apa yang kita hendak.sayangnya kita hanya mempunyai wajah yang kita harapakan sahaja tidak mempunyai bayang yang diimpikan. kita mengharapkan setiap mimpi indah itu menjadi milik kita..kita mendambakan semua itu akan menjadi impian yang akan tercapai dalam bingkai kehidupan kita..namun seringkali kita kecundang dan tewas disebalik pengharapan yang tiada kesudahan itu.dimana kita hanya merancang tetapi Allah yang menentukannya..
Bila kecewa dan kelukaan melanda sedarlah hidup ini bukanlah indah untuk kita sahaja tetapi ia adalah perkongsiaan untuk semua insan yang mempunyai rasa untuk dirasai..usahlah dikesal dan terasa kerana cinta dan impian tidak didakapi kerana ianya belum tiba untuk kita..sayangilah orang ada dengan kita sebelum ia pergi menjauhi dari kita dan sayangilah seadanya orang yang kita sayang sebelum ianya tiada....

Sejenak aku dikejutkan
Bersama ombak cinta luka
Perpisahan melanda kita
Hanya kerna peristiwa itu

Kiranya takdir mengizinkan
Inginku kembali padamu
Meneruskan cinta yang lalu
Kerana kau yang aku sayangi

Akan kusimpan kenangan cinta kita
Yang tak akan terpadam selamanya
Kehangatan cintamu masih aku terasa
Seperti baru semalam kita berpisah

Tangisan sedu di hatiku
Menahan kepedihan ini
Sendiri aku mengenangkanmu
Hanya engkau yang aku sayangi

Thursday, November 17, 2011

Ingatilah Allah

"Ketahuilah dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia" (Surah Ar-Ra'd: 28)



"Wahai orang-oarang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya" (Surah Al Ahzab: 41)



" Dan ingatlah serta sebutlah akan TuhanMu jika Engkau lupa" (Surah Al Kahfi: 24)



Hazrat Abu Hurairah r.h meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda, " Allah s.w.t berfirman, "Hendaklah kamu mengingati Aku seketika selepas solat asar dan subuh nescaya Aku mencukupi kamu diantara keduanya."

Disebutkan dalam satu hadis yang lain, "Hendaklah kamu mengingati Allah nescaya Dia akan membantu menyempurnakan hajat kamu." [Hadis Riwayat Imam Ahmad]



Hazrat Abu Sa'id al Khudri r.h memberitakan bahawa Rasullullah s.a.w pernah bersabda, "Berapa ramai orang di dunia ini yang mengingati Allah s.w.t di atas tilam yang empuk dan kerana itu Allah s.w.t mengangkat darjat mereka ke peringkat yang tertinggi di dalam syurga."
[Hadis Riwayat Imam Muslim]

Ini bukan warkah cinta

[Seseorang memberitahu anda (yang masih muda belia) bahawa dia telah jatuh
cinta dan ingin memberikan kasihnya kepada anda. Anda terpaku mendengar
bisikan cintanya tetapi pada masa yang sama menyedari bahawa cinta yang
tidak berlandaskan syariat adalah cinta yang sia-sia. Anda tidak bersedia
lantaran menyedari amanah yang perlu dipikul ketika ini bukanlah untuk bercinta
tetapi untuk belajar, tetapi pada masa yang sama sebagai manusia hatimu
berbunga riang setelah menyedari ada pria yang menaruh hati. Anda jadi keliru,
bimbang, resah dan ragu. Anda tidak bersedia untuk bercinta kerana perjalanan
akan datang masih panjang namun dalam hati tetap bimbang mungkinkah ini
jodohku yang telah tertulis untukku? Baca surat ini......dari seorang gadis remaja
yang berusaha menjaga tatasusilanya kepada seorang pria yang juga berbudi
bahasa dan baik akhlaknya.....]

Bismillahhirrahmannirrahim,
( Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani)

Kepada jejaka yang telah menyatakan cinta,

Assalamu'alaikum warahmatullah hiwabarakatuh,

Entah bagaimana dapat saya mulakan bicara ini. Terlalu berat untuk menulis,
terlalu sarat untuk berfikir, sejak dari saudara menyatakan perasaan yang
tak pernah terduga oleh saya...saya jadi keliru, buntu dan malu. Barangkali
sudah terlalu lama saudara menunggu jawapan dari saya, dan setelah saya
berfikir berulangkali, bermunajat memohon petunjuk Ilahi, mohon dikuatkan
hati agar diberi ilham untuk membuat keputusan yang tidak berbelah bagi,
akhirnya saya beranikan diri untuk menulis surat ini. Sesungguhnya ini bukan
surat cinta, tapi entah, anggaplah ia cuma warkah biasa-biasa saja........

Saudara yang masih menanti jawapan,

Bohonglah jika saya katakan saya tidak terkesan dengan lamaran saudara.
Sejak hari pertama saudara menyatakan cinta, saya jadi gundah gulana dan
tidak tentu hala. Entah suka atau sebaliknya, tapi pengakuan saudara telah
membuat saya seperti berada di dunia berbeza. Saya tidak lagi menjadi diri
saya yang sebenarnya!

Sebenarnya, lama sebelum saudara nyatakan rasa kasih dan cinta terhadap
saya, sesungguhnya saya juga memiliki perasaan sedemikian terhadap
saudara. Dalam diam menyimpan rasa kagum melihat teguhnya saudara
menjaga akhlak dan tingkahlaku seorang muslim di tengah-tengah kekalutan
perilaku anak-anak muda ketika ini. Melihat saudara dari jauh membuat
saya berfikir rupanya masih ada anak muda yang berusaha berpegang kepada
agama dalam kesibukan mengejar kenikmatan dunia. Sungguh, dalam diam-diam,
saya mengkagumi saudara malah pernah pula berkata kepada diri sendiri,
alangkah beruntungnya wanita yang akan bertakhta di hati saudara nanti.
Sesekali dapat berbicara dengan saudara membuat saya sangat teruja, terasa
begitu bahagia tanpa saya sangka rupanya saudara juga memiliki perasaan
yang sama.

Saudara yang menantikan jawapan,
Biarpun perasaan itu ada dalam hati saya sejak sekian lama tapi saya tidak
berusaha menyuburkannya. Saya berkata pada diri bahawa perasaan
mengkagumi atau meminati seseorang adalah fitrah semulajadi manusia
yang dikurniakan Allah. Berulangkali saya bisikan pada diri saya bahawa
tanggungjawab saya sekarang adalah untuk menamatkan pengajian,
bukan untuk memikirkan tentang hidup berteman yang saya percaya sudah
ditulis oleh tuhan. Tidak mungkin dapat saya hampakan harapan ibu dan ayah
yang begitu berharap agar saya menjadi contoh kepada adik-adik yang
sedang belajar. Ohh...saya datang dari keluarga susah, bagaimana perasaan
mereka andai mereka tahu bahawa saya telah beralih arah? Tidak mungkin..!
Saya tidak sanggup menghampakan harapan mereka, membuat mereka kecewa
andai saya mengikut kata hati yang masih muda.

Benar, di sekeliling kita, adalah perkara biasa melihat pasangan kekasih
berdua-duaan tanpa tujuan, berpegangan tangan tanpa ada rasa bersalah
kerana membiarkan rasa cinta menjalar tanpa ikatan....
(Saya tidak mahu termasuk dalam golongan itu, saya percaya saudara
juga begitu...)

Saudara nyatakan mahu berkawan dengan saya, oh, itu tidak menjadi halangan
asal saja kita tahu batas sempadan, tidak melanggar hukum tuhan dan tidak pula
lalai dengan keseronokan yang merosakkan. Tapi, benarkah, saudara cuma
mahu berkawan tanpa menyimpan apa-apa perasaan ? Saya tidak percaya.

Saudara yang saya hormati,
Kita manusia biasa lagi masih muda belia. Baik saya mahupun saudara belumpun
mencapai usia dewasa. Kita belum pun berada di usia seperti Nabi tercinta yang
bernikah ketika berusia 25 tahun. Kita sama-sama masih berada di kuliah,
masih lelah dihambat pelbagai tugasan yang mencabar minda, masih tercari-cari
arah sebenar, masih mencari identiti dan membina jati diri. Saya tidak pasti apa
yang ada dalam fikiran saudara ketika ini, tapi saya percaya saudara juga sedang
berusaha mendidik diri ke arah yang lebih baik.

Saudara yang saya kagumi,
Separuh jiwa saya 'hilang' ketika saudara secara jujur menyatakan sayang! Hati
gadis mana yang tidak bergoncang ketika pria yang selalu dikaguminya
tiba-tiba nyata hadir menebarkan salam. Seperti mimpi yang indah, saya
bertanya pada diri saya sendiri adakah ini 'hadiah' dari Allah atau ujian yang
diberikan kepada saya untuk melihat sejauh mana keteguhan jiwa saya dalam
mempertahankan susila dan maruah saya yang belum tercemar. Sungguh, saya
tidak boleh tidur selepas itu, selepas mendengar pengakuan saudara, jiwa saya
benar-benar terganggu !

Saudara yang berhati mulia,
Sudah panjang rasanya saya menulis surat ini. Dapatkah saudara membaca
isi hati saya ketika ini? Tergambarkah di fikiran saudara apa yang cuba saya
sampaikan? Sayalah manusia paling bahagia ketika saudara menyatakan
cinta, namun saya tidak mahu tertipu dengan perasaan semata-mata ! Andai
saya terima lamaran cinta saudara, ke mana arahnya kita bawa rasa cinta dan
sayang itu? Sedang saudara sendiri telah nyatakan , saudara tidak bersedia
untuk menikah dalam tempoh terdekat ini...!
Saudara juga punya wawasan diri untuk mencapai apa yang diimpikan.
Andainya percintaan antara kita hanya sekadar mengisi masa senggang yang
ada, sekadar 'dating' yang sia-sia, sekadar mengikut 'trend' semasa,
sekadar 'berchatting' yang entah apa-apa, saya mohon maaf (dengan
penuh kerendahan hati) saya tidak bersedia. Saya tidak mahu membazirkan
masa dan perasaan saya hanya sekadar untuk 'trial and error'.

Saudara yang berhati mulia,
Berapa sebenarnya harga sebuah cinta ? Cinta saya mahal harganya,
saya tidak menjualnya tapi saya akan berikan kepada yang berhak
saja apabila telah sampai masanya dan apabila saya telah benar-benar
yakin dengan petunjuk dari yang Esa........Saya pun tidak pasti siapa
sidia yang istimewa itu, namun saya yakin ada yang telah tertulis untuk
saya. Bukankah setiap kejadian itu ada pasangannya masing-masing.
Siapa tahu pasangan saya itu adalah saudara ? Andai itu benar-benar
akan terjadi, sayalah bidadari dunia yg sangat bertuah ! ....dan dengan
rela hati memberikan khidmat yang terbaik buat sang raja yg tercinta
tapi saudara, Allah Maha Bijaksana, apa yang terjadi selepas ini
hanya Dia yang mengetahui.................

Saudara yang tinggi pekertinya,
Saya tidak menolak cinta saudara, tidak juga menerimanya, kerana saya juga
tidak mahu saudara hanyut dalam pesona yang memperdaya. Bukankah wanita
boleh menjadi sebesar-besar fitnah kepada lelaki , saya tidak mahu menjadi
fitnah kepada saudara buat masa ini. Jadi, apa yang harus kita lakukan?
Saudara yang lebih tinggi ilmunya dari saya yang jahil ini, buat sementara waktu
ini, sementara kita habiskan amanah yang terpikul di bahu kita, mari kita baiki
diri kita menjadi lebih baik. Moga-moga apabila kita perbaiki iman dan amal
kita dari masa ke semasa, Allah membuka jalan untuk kita bertemu di alam
bahagia yang halal tanpa perlu menghampiri zina, tanpa perlu bergelumang
dosa dan noda.....

Saudara yang dimuliakan Allah,
Sebaiknya kita simpan dulu perasaan ini dalam lubuk hati yang paling dalam.
Jangan kita suburkan kerana andai kita suburkan ia ditakuti syaitanpun datang
menyiramnya dengan titis-titis dosa yang tak terlihat oleh kita lantaran mata kita
telah dihiasi dengan yang indah-indah belaka. Mari kita suburkan dulu hati kita
dengan cinta kepadaNya kerana saya percaya apabila kita letakkan cinta kita
terlebih dahulu pada Yang Esa, Dia tidak akan menghampakan kita. Andai
telah ditulis olehNya akan jodoh kita, pasti kita akan dapat bertemu juga dalam
dakapan kasih yang terpelihara, tapi andai kita tidak diizinNya untuk bersatu,
janganlah kita saling membenci atau menyalahkan takdir. Kita terima saja
ketentuanNya dengan redha agar dengan itu kita akan sentiasa merasa tenang
dan bahagia selalu.....

Saudara seagamaku yang baik hatinya,
Jangan ada benci dalam hatimu setelah membaca surat ini. Jangan dijaja atau
dijadikan bahan untuk dipersenda. Andai engkau tak ingin menyimpannya
pulangkan saja kepadaku agar dapat aku menyimpannya sebagai satu-satunya
kenangan terindah dalam hidupku. Seandainya saudara ingin menyimpannya,
sayalah yang paling gembira kerana itu tandanya saudara mendengar luahan
saya dan menghargainya....... . Sesudah membaca surat ini, saudara
ambillah wuduk dan tunaikan solat sunat 2 rakaat, mohonlah petunjuk dari
Allah agar jiwa dan perasaan saudara tidak terganggu dengan bait-bait kata
yang tertulis di surat ini. Andai saudara tidak boleh tidur selepas ini kerana
dihambat kecewa dan hampa yang bertandang, hamparkanlah sejadah di
tengah malam dan bermunajatlah dalam dingin yang panjang.........

Moga doa kita bertemu dan bersatu dalam resah rindu hanya kepada
Allah yang satu......................

Ya Allah ampuni diriku....... maafkan atas segala kata-kataku yang mungkin
menyinggung perasaan saudaraku yang baik ini............

Inilah kisah cinta paling hebat

Anda suka baca kisah cinta? Romeo and Juliet misalnya atau kisah cinta Shah Jahan dan
isterinya Mumtaz. Shah Jahan begitu menyintai isterinya hingga beliau berjanji membina
mahligai indah sebagai bukti kasih mereka. Akhirnya terbinalah istana Taj Mahal( yg
diambil sempena nama isterinya), menjadi salah satu monumen paling ramai dikunjungi
manusia. Hari ini ada pasangan yg baru berkawin melawat Taj Mahal sebagai simbol
penyatuan cinta mereka. (bilalah saya nak dapat ke sana agaknya....)

Sebenarnya ada lagi kisah cinta paling hebat di dunia ini iaitu kisah cinta baginda
Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w dan isterinya Khadijah r.h.a. Semua orang
tahu, Khadijah r.h.a meminang Rasulullah s.a.w kerana terpesona dengan
akhlaknya. Bayangkan bagaimana tingginya akhlak nabi hingga mampu
'mencairkan' hati seorang wanita ahli perniagaan, dari keturunan bangsawan lagi
hartawan sedang nabi hanyalah seorang anak muda yang miskin, yatim piatu dan
keseorangan. Di zaman ini, mana mungkin ahli perniagaan ternama lagi berusia
jatuh cinta pada pemuda biasa yang tak punya apa-apa. Kalaupun ada, orang
mungkin berkata, dia gila atau terkena 'ubat guna-guna'.

Perbezaan usia antara mereka bukanlah halangan untuk mereka membina
rumahtangga bahagia. Rasulullah s.a.w tidak pernah menikahi mana-mana wanita
sepanjang bersama Khadijah. Cinta dan kasih sayang mereka melimpah ruah
hingga Khadijah menyerahkan seluruh jiwa, tenaga, harta dan keluarga demi
membantu kekasihnya menegakkan agama. Khadijah menjaga nabi dengan
penuh kasih sayang, belaian dan sentuhan yang mendamaikan. Dia
mententeramkan jiwa kekasihnya ketika nabi ketakutan selepas didatangi Jibril.
Dia menuturkan kata-kata lembut tapi penuh semangat lagi menghiburkan. Dialah
wanita yang selalu ada di sisi nabi di saat semua orang membencinya.Mulianya
wanita bernama Khadijah ini hingga nabi tak pernah melihat sesuatu yg
menyedihkan darinya. Cinta dan kasih antara dua insan mulia ini begitu utuh
hingga Khadijah tak pernah menyangkal atau mendustakan mahupun
merendahkan apa yg disampaikan nabi.

Kasih Rasulullah s.a.w terhadap Khadijah begitu mendalam. Baginda sentiasa
menyebut kebaikan Khadijah hatta selepas kewafatannya hingga dicemburui
Aisyah. Kata Aisyah:

"Belum pernah aku cemburu terhadap isteri-isteri Rasulullah s.a.w sebagaimana
aku cemburu terhadap Khadijah walhal aku tidak pernah melihatnya.Tetapi
Rasulullah selalu menyebut-nyebut namanya, bahkan adakala menyembelih
kambing lalu diberikan kepada sahabat-sahabat Khadijah. Bahkan aku pernah
berkata ; bukan kah Khadijah itu seorang wanita tua? Bukankah Allah telah
memberimu penganti yang lebih baik, isteri yang lebih muda dan baik darinya?
Rasulullah s.a.w menjawab; Tidak! Demi Allah! Dia tidak memberikan seorang
pengganti yg lebih baik darinya. Khadijah telah beriman kepadaku disaat orang
lain mengingkariku. Dia membenarkan aku ketika orang lain mendustakanku.
Khadijah membantuku dengan menginfakkan seluruh hartanya ketika orang lain
menahan harta dariku dan Allah mengurniakan beberapa zuriatku dari rahimnya
yang tidak diberikan oleh isteri-isteri yang lain " [H.R. Ahmad]

Kewafatan Khadijah meninggalkan kesedihan yang begitu mendalam di jiwa
nabi hingga tahun tersebut dikenali dengan tahun kesedihan. Sekalipun selepas
kewafatannya, nabi selalu mengenang saat-saat indah bersama Khadijah r.h.a.
Mulianya Khadijah hingga Allah mengirim salam kepadanya dan menjanjikan
sebuah istana di syurga.

Di saat-saat akhir kewafatannya, ketika dipangkuan nabi, masih sempat beliau
meminta nabi menggunakan tulang belulangnya untuk agama Allah. Inilah bukti
kecintaan yg tidak berbelah bagi.


Takala anda menangis ketika membaca sebuah novel cinta atau menonton
telenovela , menangislah ketika menghayati perjalanan cinta seorang isteri
yang mengorbankan segala kesenangan, kemewahan dan kemegahan demi
membantu kekasihnya di jalan Allah. Isteri yang setia, patuh dan selalu
berbuat baik terhadap suaminya hingga pemergiannya ditangisi dan dirindui
selamanya. Kerana cinta mereka, legasi Muhammad berkembang ke seluruh
dunia.

Inilah kisah cinta paling hebat.................

buat lelaki yang bergelar suami........

Sedikit pesan kepada lelaki samada yang sudah berkahwin, yang baru berkahwin,
yang belum berkahwin atau yang akan berkahwin :

Di saat anda melafazkan "aku terima nikahnya......", ingatlah :

~ isterimu itu perlu dikasihi, bukan dikasari
~ isterimu itu perlu disayangi, bukan disakiti
~ isterimu itu perlu dihargai, bukan dikhianati
~ isterimu itu perlu dihormati, bukan dipijak sesuka hati
~ isterimu itu perlu dilindungi, bukan dibelasah kalau tak puas hati
~ isterimu itu perlu dididik, bukan untuk ditengking herdik
~ isterimu itu perlu diingatkan tapi bukan dengan ugutan
~ isterimu itu AMANAH, bukan untuk disumpah seranah

berilah dia cinta yang ikhlas, dia akan berbakti kepadamu tanpa mohon dibalas
berilah dia kasih dan sayang, dia akan bersamamu di saat susah dan senang
berilah dia penghargaan, dia akan memberimu penghormatan
berilah dia bahagia , dia akan berusaha membuatkan kamu gembira
berilah dia hak yang sepatutnya, pasti rezekimu berganda-ganda
berilah dia DIDIKAN AGAMA, dia akan membawamu ke SYURGA

Wanita yang kamu nikahi itu..... lembut hatinya
janganlah keegoanmu menyebabkan isterimu berubah perilaku
andai kau menjaganya dengan penuh wibawa
dia akan bersamamu hingga ke hujung nyawa.....

berkahwin itu sunnah, mahligai kasih yang indah
ada waktu tergigit lidah......
mengadulah kepadaNya segala resah dan gundah
jangan jadikan isterimu tempat melepas segala masalah
diapun manusia biasa......rapuh dan lemah.......
Engkaulah penguatnya......tapi bila kau biarkan dia tanpa arah
tanpa bimbingan, tanpa didikan, yang kau tahu cuma memerintah
bagaimana dia dapat menjadi isteri yang setia?
sedang engkau terlalu ego untuk melihat ke dalam matanya
berkongsi segala duka dan lara dihatinya
akhirnya, jadilah dia isteri yang dendamnya sentiasa membara
kelak mahligaimu bertukar menjadi neraka dunia

Duhai lelaki ibarat mentari
jadilah dikau kekasih sejati, suami mithali
tawan hatinya dengan wibawa seorang menteri
didik isterimu seikhlas hati penuh berseni
pimpin tangannya, tunjukkan jalan yg diredhai
percayalah........dia kan taat berbakti seperti bidadari..................

Pesanan buat suami (Dr Fadzilah Kamsah)

A. Untuk lelaki yg bernama SUAMI dan buat rujukan utk kaum ISTERI – Dr Fadhilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga s eda ngkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman

"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Pesanan buat suami (Dr Fadzilah Kamsah)

A. Untuk lelaki yg bernama SUAMI dan buat rujukan utk kaum ISTERI – Dr Fadhilah Kamsah

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga s eda ngkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan
perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang
perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman

"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Surat Cinta untuk AWAK kerana ALLAH}

Awak..
secantik mana pun wajah seorang perempuan,
se'cute' mana pun dia,
seramai pun lelaki yang jatuh hati pada keindahan luarannya...

Suatu hari nanti, usia pasti akan mengejarnya. Sunnatullah bagi setiap makhlukNya, merasai meningkatnya usia ketika detik terus berlalu. Ketika itu, cinta bukan letaknya pada luaran. Apa ada pada wajah cantik yang akan berkerepot kelak. Apa nilainya pada tubuh yang membongkok semasa kudrat tidak lagi kuat. Bak kata ustaz Akil Hayy; "pipi dah kendur, gigi dah gugur, uban dah berterabur". Cinta saya adalah kurniaan ilahi. Hadir dengan izinNya. Abadi dengan sama-sama mentaatiNya. Biarlah hati kita bersatu selama-lamanya melalui izin Yang Maha Satu.

Saya tau awak jujur orangnya. Tak nak hipokrit kan :) saya faham tu.

Tapi kan, lagi elok rasanya kalau kita cantik luar & dalam kan. Saya bawa contoh macam sebuah rumah. Kita berhias punya la terbaeek dalaman rumah tu, sofa baru, langsir dah basuh, lantai dah mop dan segala macam la. Tapi, luarannya, kita tak jaga. Kita abaikan. Apa yang akan jadi? Silap-silap, dah beranak pinak bapak ular, ayahanda ular & spesis-spesis yang sewaktu dengannya. Kita tinggal kat situ pun mesti tak selesa.

Saya akui ramai yang kata rambut awak cantik. Berbotol-botol Rejoice dah awak pakai. Macam mana sekalipun, saya sayangkan awak. Saya tak nak tiap helai ramput yang terpamer dilihat lelaki ajnabi nanti menjelma menjadi ular besar yang siap mematuk tanpa ihsan dan menusuk racun berbisa yang amat sangat. Saya tak nak tu terjadi.

Sayang, awak kan isteri saya, please...saya tak nak paksa awak. Just, saya nak awak mendapat yang terbaik. Saya nak kita bersama bahagia sampai bila-bila dalam syurga Pencipta kita. Kalau awak berubah, saya tak nak ianya kerana saya, tapi biarlah kerana Allah. Dia kan Maha Kekal.

Semasa awak saya cintai, saya syukuri anugerah perasaan kasih sayang yang dikurniakan Allah ni. Saya akan sayang awak selamanya. Saya akan jaga awak. Saya janji, tak kan ada siapa pun yang sakiti awak.

tapi...

Saya tak kan dapat buat apa-apa di Akhirat nanti. Saya tak berdaya. Awak...maafkan saya. Andai Allah murka, saya juga akan terima tempias kemurkaanNya. Walaubagaimanapun, saya risaukan awak. please, sempurnakanlah aurat seorang Muslimah. Kelak ketika Allah s.w.t. menyoal, tiada apa yang dapat back up melainkan amal soleh di dunia. Tak pe sayang, biarlah panas sikit di dunia, asalkan merdeka dari panas terik kemurkaanNya.

Saya tau saya tak sempurna, pernah buat kesilapan. Cuma, sampai bila kita nak hidup kosong jiwa, kemarau rasa. Ketika Nur Iman menerjah relung hati ini, saya rasakan,alangkah gembiraNya andai saya dan awak beroleh keredhaan Allah. Saya inginkan awak disayangi Allah. Beroleh keteguhan Khadijah, kemurnian Maryam, keindahan Aisyah & kemuliaan Fatimah. Biarlah awak menjadi seorang MAKMUM kepada seorang IMAM, seorang PENDENGAR yang setia kepada seorang DA'I, seorang SAYAP KIRI kepada seorang MUROBBI, seorang MUJAHIDAH kepada seorang MUJAHID & seorang ISTERI SOLEHAH kepada saya, yang moga-moga dapat menjadi SUAMI yang SOLEH. InsyaAllah.

Please sayang, peliharalah kesempurnaan aurat. Moga kita kan dirahmati Allah s.w.t., Dia yang Mencipta Cinta, Mentadbir Hati & mengukir Taqdir. Moga saya dan awak dapat sama-sama berpimpinan tangan di taman syurgaNya. Saya akan petik bunga yang paling indah di taman tu untuk dihadiahkan pada awak. Bunga feveret awak bunga mawar kan, saya akan cari yang paling cantik sekali. Tanda cinta sejati saya, demi ilahi, kepada awak, isteriku tersayang...

Adakah itu aku....

Di suatu malam yang indah, angin sepoi-sepoi, dikala aku menyelak sebuah helaian kertas tebal aku telah terserempak dengan suatu ayat yang panjang yang membuatkan aku terfikir dan terus terfikir... Oh hinanya diriku ini... aku telah lama lemas dalam lautan(dunia) ini.... dan terus lemas.... bilakah kiranya aku ingin berenang semula... agar ketika aku telah jumpa pulau(kematian) yang aku cari , aku boleh berhenti berenang.... Selalu saja aku rasa aku terjumpa dengan pelampung2 penyelamat(petunjuk) tapi jarang sekali aku menggunakannya.... sangat jahil diri ini..


Ramai orang kata di penghujung laut ini iaitu di setiap pulau setiap manusia itu, ada satu ujian yang sangat berat, atau final exam... ianya ialah ujian berdepan dengan pirate of carribean.. aku perlu bersiap sedia agar aku dapat kalahkan pirate of carribean ini.. kerana pirate of carribean ini berniat untuk merompak dari setiap manusia yang ingin sampai ke pulau itu...


Sebelum dekat dengan pulau ini pon, pirate of carribean telah menghantar anak-anak buahnya supaya melemaskan aku dalam usahaku berenang menuju ke pulau idaman setiap manusia... pirate of carribean ini akan mencuba dan mencuba merompak sesuatu di dalam dada setiap manusia, agar kita mengikut jejak langkahnya menjadi lanun(syirik kepada Allah) sebelum kita sampai di pulau itu...


Dan jika aku tidak bersiap sedia dan terus berenang, maka sesungguhnya, mudahlah bagi pirate of carribean ini merompak pada saat akhir aku ingin sampai ke pulau itu... oh...


Terimalah....


Hadith qudsi
Aku(Allah) hairan terhadap orang yang yakin akan datangnya kematian tapi mengapa ia masih membanggakan diri?


Aku hairan terhadap orang yang yakin dengan hari perhitungan, mengapa masih sibuk menimbunkan harta?


Aku hairan terhadap orang yang yakin akan masuk kubur, mengapa masih tertawa terbahak-bahak?


Aku hairan terhadap orang yang yakin terhadap hari akhirat, mengapa masih bersenang-senang dan lalai x beramal?


Aku hairan terhadap oran gyang yakin akan lenyapnya dunia ini, mengapa dia masih menambat hati padanya?


Aku hairan terhadap orang alim yang pintar tapi bodoh dalam faham pengertian.


Aku hairan terhadap orang yang sibuk menyelidik aib orang lain, tapi lupa terhadap cela diri sendiri.


Aku hairan terhadap orang yang tahu Allah memperhatikan tingkah lakunya, mengapa dia masih durhaka kepada Allah?


Aku hairan terhadap orang yang yakin dia akan mati masuk kubur sendirian, mengapa masih bergurau dengan orang banyak?

Friday, November 4, 2011

Kelebihan wuduk yang sempurna

Diriwayatkan daripada Hazrat Abu Muslim Taghlabi r.a katanya, 'Saya menemui Hazrat Abu Umamah r.a semasa beliau berada di dalam masjid. Saya bertanya kepadanya, 'Wahai Abu Umamah, sesungguhnya seorang lelaki telah memberitahu kepada saya bahawa tuan telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,Sesiapa yang mengambil wuduk yang sempurna, membasuh kedua-dua tangannya dan mukanya serta menyapu kepala dan kedua-dua telinganya. Kemudian dia mendirikan solat fardhu maka Allat S.W.T akan mengampunkan segala dosa-dosanya yang telah dilakukan oleh kedua-dua kakinya yang bergerak ke arah melakukan maksiat, kedua-dua tangannya yang digunakan untuk berbuat maksiat, kedua-dua telinganya yang mendengar berita-berita maksiat, kedua-dua matanya yang melihat maksiat dan maksiat yang dilakukan oleh hatinya pada hari itu. Hazrat Abu Umamah R.A menjawab, 'Demi Allah, saya telah mendengar sabdaan ini berkali-kali daripada Rasulullah S.A.W.' (Hadith Riwayat Imam Ahmad).
Keterangan,
Perkara yang sama juga diriwayatkan oleh ramai Sahabat R.A yang lain. Hazrat 'Uthman r.a, Hazrat Abu Hurairah, Hazrat Anas r.a, Hazrat Abdullah Sunabihi r.a, Hazrat Amru Ibnu 'Abasah dan lain-lain sahabat r.a juga telah meriwayatkan dengan lafaz yang berbeza. Mereka yang dikurniakan dengan 'kasyaf' dapat melihat dosa-dosa yang sedang gugur. Kisah yang paling masyhur adalah tentang Imam Abu Hanifah rah. Beliau melihat dosa yang sedang gugur dari titisan air wuduk. Selanjutnya ada sedikit penambahan dalam hadith yang diriwayatkan oleh Hazrat 'Uthman r.a bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda, 'Seseorang itu tidak seharusnya tertipu dengan keadaan yang sedemikian itu. Maksudnya ialah seseorang itu jangan berbangga bahawa dosanya terampun melalui solah yang dikerjakannya itu lalu memberanikan diri melakukan dosa lain pula. Sekiranya Allah s.w.t menerima solah dan amal ibadat kita maka itu semata-mata kerana kemurahan, ehsan dan kerahimanNya Sebenarnya kita sendiri telah mengetahui tahap mutu amal ibadat kita.Memang tidak dapat dinafikan bahawa solah berkesan menghapuskan dosa. Namun hanya Allah s.w.t yang mengetahui samada solah kita juga layak untuk perkara tersebut.Satu perkara lagi ialah sekiranya seseorang itu melakukan dosa dengan anggapan bahawa Allah s.w.t bersifat Maha Pemurah dan Maha Pengampun, maka sebenarnya itu adalah sikap seseorang yang langsung tidak mempunyai peraan malu, Keadaan ini samalah seperti seseorang ayah yang memberi jaminan bahawa dia akan memaafkan kesalahan-sesalahan anaknya. Namun anak-anaknya pula mengambil kesempatan, lalu dengan sengaja melanggar perintah-perintah ayah mereka dengan anggapan bahawa ayah akan memaafkan kesalahan mereka.

Renungkanlah

Pesan Imam Al-Ghazali, yang dekat itu...MATI,yang jauh itu...MASA LALU, yang besar itu...NAFSU, yang berat itu...MEMEGANG AMANAH, yang ringan itu...MENINGGALKAN SOLAT, yang tajam itu...LIDAH MANUSIA

Jika kamu memancing ikan...
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu, Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu saja, kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, Setelah ia mulai menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja, Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untukmu menampalnya semula, akhirnya ia dibuang, Sedangkan jika kamu membaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi..
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya, Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu menerimanya, akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan terus hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain, terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal..
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan, yang pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu. Mengasihimu. Mengapa kamu berlengah, terus mencuba membandingkannya dengan orang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain, kamu juga yang akan menyesal.

Apa itu perangkap hidup

Terdapat sebuah cerita mengenai seorang pelancong dari Amerika dan nelayan di Mexico.

Sewaktu pelancong ini melawat sebuah pantai di Mexico, dia terlihat seorang nelayan yang balik dari laut dengan bot kecil beberapa ikan hasil tangkapannya pada hari itu. Lalu pelancong ini pun bertanya pada nelayan itu…

Pelancong : Ikan yang kamu bawa ini sangat bernilai dan mahal di negara saya. Berapa lama yang kamu ambil untuk dapatkan ikan ini ?

Nelayan : Sekejap saja.. dalam beberapa jam.

Pelancong : Beberapa jam ? jadi kenapa kamu tidak luangkan masa lebih banyak untuk menangkap lebih banyak ikan ini.

Nelayan : Saya rasa tidak perlu, tangkapan hari ini sudah memadai untuk saya dan keluarga saya hidup.

Pelancong : Jadi apa kamu buat dengan baki masa terluang yang ada ini ?

Nelayan : Biasanya saya akan luangkan masa bercakap dengan isteri, bermain dengan anak-anak saya, bersembang dengan rakan-rakan dan membaca buku.

Pelancong : Owh.. ruginya.. Saya adalah seorang ahli ekonomi dan mempunyai kelulusan dari universiti terkemuka dunia. Saya ada cadangan untuk kamu. Saya cadangkan kamu luangkan masa lebih banyak di laut dan dengan itu awak akan mendapat tangkapan yang banyak.



Nelayan : Apa saya akan buat dengan tangkapan yang banyak itu ?

Pelancong : Biarkan saya habiskan cerita. Selepas mendapat tangkapan yang banyak, awak boleh jual dan buat keuntungan yang banyak. Selepas itu awak boleh beli bot yang lebih besar dan menangkap ikan lebih banyak. Dengan jualan dan keuntungan itu nanti, awak boleh buka pejabat dan Bandar Mexico dan seterusnya di New York untuk mengendalikan perniagaan ini secara besar-besaran.

Nelayan : Berapa lama semua ini akan mengambil masa ?

Pelancong : Dalam 15-20 tahun.

Nelayan : Lepas itu ?

Pelancong : Hahaha.. lepas itu awak akan jadi jutawan dengan duit yang banyak.

Nelayan : Lepas itu ?

Pelancong : Awak masih tak faham. Lepas itu, awak boleh berpindah ke rumah di tepi laut, awak boleh berehat, awak boleh luangkan masa bersama isteri, main dengan anak-anak, lepak dengan rakan-rakan dan membaca buku sebanyak mana yang awak mahu.

Nelayan : Hmm… itulah yang saya lakukan sekarang.

Jika anda sama seperti kebanyakan orang yang baru hendak menceburi bidang perniagaan. Anda tentu mempunyai pandangan indah mengenai perniagaan. Di mana anda akan merasa anda bebas untuk melakukan apa saja, tidak ada orang yang akan menegur kerja anda, anda boleh buat apa saja yang anda suka tanpa mengira masa.

Tidak salah untuk anda bermimpi begini, namun ini adalah sesuatu yang tidak selari dengan realiti perniagaan yang sebenar.

Apabila anda berada dalam dunia perniagaan, anda mula menyedari bahawa anda akan dikritik oleh pelbagai jenis pelanggan, anda akan berlari kesana dan kesini semata-mata untuk temujanji yang telah ditetapkan, anda perlu berjaga malam untuk menyiapkan kerja dan banyak lagi kekangan lain.

Sewaktu melalui saat ini, perniagaan bukan lagi syurga yang anda idamkan selama ini.

Anda bekerja dengan mengorbankan segalanya semata-mata untuk bahagia pada masa hadapan. Namun ‘masa hadapan’ ini tidak muncul-muncul.

Ramai orang yang terperangkap dalam situasi sebegini bukan setahun dua, malah ada yang sampai berpuluh tahun. Mereka bekerja keras untuk kebahagiaan masa depan yang tidak kunjung tiba.
Kita berfikir bahawa kekayaan boleh membawa kebahagiaan. Ini adalah satu kepercayaan yang salah. Kekayaan mungkin akan menjadikan kualiti hidup anda lebih tinggi tetapi tidak semestinya ia boleh membawa kebahagiaan. Kita boleh lihat ramai artis-artis yang menjadi kaya dalam sekelip masa dan kelihatan sangat bahagia. Selepas umur menjadi semakin tua, mereka menjadi tidak bahagia kerana mereka mula kehilangan apa yang mereka pernah ada.

Jadi apa sebenarnya kaedah yang betul ?

Kaedah yang betul adalah anda tidak perlu mengorbankan kebahagiaan yang anda sedia miliki sekarang. Wujudkan perniagaan yang membolehkan anda kekal dalam kebahagian yang anda miliki dan buang pemikiran bahawa anda perlu mengorbankan kebahagiaan untuk mengejar kebahagiaan masa hadapan.

Perniagaan yang membuatkan anda bahagia adalah lebih bermakna berbanding perniagaan yang akan menjadikan hidup anda tidak bahagia. Anda tidak akan merasa kerja keras yang anda lakukan ini kerana anda melakukannya dengan bahagia.

Tidak ada guna anda masuk dalam kubur dengan harta bertimbun jika hidup anda tidak bermakna.

Nikmati setiap saat dalam hidup anda.

Lima cara syukuri nikmat

ETIKA Saidina Umar al-Khattab mengerjakan tawaf di keliling Kaabah, beliau terdengar doa seorang lelaki. "Ya Allah masukkanlah aku dalam kumpulan orang yang sedikit." Terkedu juga Saidina Umar dengan doa yang agak ganjil itu. Biasanya manusia suka kepada kumpulan yang ramai. Malah, kita sendiri mahu mempunyai ramai kawan. Jika pengikut ramai, lagi kukuh dan gah kita.

Tetapi lain pula halnya dengan lelaki terbabit. Apabila ditanya, rupanya lelaki itu menjelaskan begini: "Tidakkah tuan baca dalam al-Quran. Allah menjelaskan ayat yang bermaksud, "...sedikit sahaja di kalangan hamba-Ku yang bersyukur..." Rupanya, dia berdoa supaya menjadi golongan orang yang bersyukur.

Daripada ayat itu, memanglah Allah memberitahu kita sangat sedikit orang yang tahu berterima kasih dan bersyukur. Tersenyum Saidina Umar. Sangat ramai di kalangan manusia sibuk berfikir bagaimana hendak mendapat yang diidamkan. Tetapi sangat sedikit manusia yang berfikir, bagaimana hendak bersyukur dan berterima kasih kepada Tuhan dengan apa yang dimiliki.
Kita wajib bersyukur kerana dengan bersyukur kita mendapat jaminan pertambahan dan gandaan. Yang menjamin ini datang daripada Tuhan Yang Maha Kaya lagi Berkuasa iaitu Allah. Firman Allah bermaksud, "Jika kamu bersyukur nescaya Aku tambah nikmat dan jika kamu kufur sesungguhnya azab-Ku sangat pedih."

Jika kita perhatikan, zaman sekarang mana ada yang percuma. Semuanya mesti dibayar, malah sikit-sikit bil, sikit-sikit bil. Lambat bayar kena amaran, lama-lama kena tindakan. Tetapi Allah, Tuhan Yang Maha Kaya, boleh memberikan secara percuma tanpa bil seperti udara percuma, jantung percuma, mata dapat melihat tanpa bayaran, malah semuanya tidak perlu dibayar.

Apabila dikenangkan kebaikan percuma, sepatutnya timbul rasa terima kasih dalam diri kita kepada pihak yang memberi itu iaitu Allah. Itulah namanya bersyukur. Remaja yang sentiasa fikirkan kebaikan orang tuanya juga akan timbul di dalam dirinya rasa ingin membalas budi terhadap segala jasa dan pengorbanan mereka yang tidak terkira.

Bersyukur itu sangat besar kedudukan dalam Islam. Tetapi jika tidak bersyukur jadi kufur. Oleh itu, marilah kita bersyukur. Bagaimana bentuk syukur patut kita lakukan? Sebenarnya ada lima bentuk syukur nikmat perlu kita renungkan.
Pertama: Yakinlah segala nikmat itu datang daripada Allah.

Kedua: Apabila kita mendapat pujian kerana sesuatu kelebihan, pulangkan kepada Pemberinya iaitu Allah swt. Kalau kita cerdik, ucap saja 'alhamdulillah' (segala puji bagi Allah) kerana yang memberi otak dan kecerdikan ialah Allah.

Ketiga: Terima kasih pada orang yang menjadikan penyebab nikmat. Bila cerdik kena syukur juga pada orang yang membantu kita cerdik seperti guru dan ibu ayah.

Keempat: Jadikan segala nikmat diperoleh sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Jika kita mendapat anak misalnya, cara bersyukur ialah didik anak dengan cara yang betul hingga menjadi orang berguna pada agama, bangsa dan negara. Mereka yang menjadi guru dan mempunyai ilmu patut berkhidmat dengan ikhlas untuk umat.

Kelima: Ceritakan nikmat anugerah Allah itu kepada orang lain. Memperlihatkan sebahagian nikmat adalah termasuk dalam erti kata syukur. Tetapi dalam bab ini, kita mesti berhati-hati, kerana dibimbangi mengundang riya'.

Sunday, October 30, 2011

Agama dalam diri ( Muhasabah )

Dikisahkan mengenai seorang ulama bernama Imam Farouq Hussein,
berpengetahuan luas dalam bidang agama, beliau menukilkan;

"Orang yang paling berjaya di sisi ALLAH ialah mereka yang melihat agama dari segi
MELIHATNYA UNTUK MENGAMALKANNYA DAN BERDISIPLIN DENGAN SETIAP HUKUM AGAMA PADA DIRI SENDIRI DAN BERLEMBUT DENGAN MANUSIA LAIN."

ATAU dengan perkataan mudahnya..

BERAMAL DENGAN HARAPAN DAN TAKUT SUPAYA ALLAH
SELAMATKAN DIRINYA DARI AZAB...

INGAT! SELAMATKAN DIRINYA DARI AZAB..

Jadi, untuk mengenal pasti samada kita telah berjaya memurnikan agama dalam diri kita,
kita hendaklah melihat agama itu untuk KITA AMALKAN bukan UNTUK ORANG LAIN AMALKAN.
(sila fikir dengan teliti)

Bukankah kita ini hina kerana dosa?
Bukankah kita ini patut merendah diri?
Bukankah kita ini MUSTAHIL akan masuk syurga jika ada
perasaan sombong walaupun sebesar zarah?
Bukankah kita ini hanya dapat beramal dengan taufik & hidayah dari ALLAH?

Jadi, marilah bertaubat dengan pelbagai dosa sombong dan merasa diri banyak amalnya..

Bersangka baik dengan ujian Allah

Daripada Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi bahawa keduanya masuk melawat seorang sakit, lalu mereka bertanya kepadanya, "Bagaimana keadaanmu pagi ini?". Dia menjawab, "Aku berada dalam keadaan baik". Syaddad berkata kepadanya, "Bergembiralah engkau dengan perkara yang menghapuskan dosa dan menggugurkan kesalahan, kerana aku mendengar Rasulullah bersabda, Sesungguhnya Allah swt berfirman, Apabila aku menguji seseorang dari hamba-Ku yang mukmin dengan sesuatu penyakit, lalu ia memuji-Ku kerana ujian-Ku itu maka sesungguhnya ia akan bangkit dari tempat baringnya itu seperti masa ia dilahirkan ibunya, bersih daripada segala kesalahan, dan Tuhan berfirman kepada malaikat penulis amal itu, Aku sudah mengikat hamba-Ku itu dan mengujinya, maka lakukanlah kepadanya apa yang kamu biasa lakukan untuknya (menulis amal baiknya) ketika ia berkeadaan sihat." (HR Syaddad bin Aus dan Al-Sunabihi)

Alangkah beruntungnya mereka ditimpa ujian Allah, tetapi reda dengan keadaannya kerana tidak ramai daripada kita apabila didatangkan ujian sedangkan Allah menjanjikan amalan baik untuk mereka yang tidak merungut.Sepatutnya apabila berhadapan dengan keadaan kurang menyenangkan, hendaklah kita bersangka baik kerana mungkin itu untuk menghapuskan dosa atau peringatan supaya kita bermuhasabah diri.

Ada kalanya, teguran daripada ahli keluarga atau rakan menyebabkan kita marah dan enggan menerima kritikan, tetapi teguran Allah mungkin dengan cara mendatangkan musibah menimbulkan keinsafan untuk menilai kembali perkara yang kita lakukan.

Nabi saw bersabda yang bermaksud, "Tidak ada sesuatu menimpa seseorang Islam sama ada kepenatan, kesakitan, kesusahan memikirkan perkara yang akan datang, kedukaan, sesuatu yang menyakiti, atau kesusahan mengingatkan apa yang berlaku sehinggakan tikaman duri mencucuknya melainkan Allah hapuskan dengan sebabnya, sebahagian dari dosanya." (HR Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah).

Begitu juga apabila didatangkan sakit berpanjangan, kita dilarang sekali berdoa meminta mati hanya kerana tidak tahan menanggung ujian sakit dan ingin ditamatkan segera kesakitan itu. Sebaliknya, jangan kita berputus asa berdoa supaya diberi kesabaran dan pada masa sama mengharapkan belas ehsan-Nya supaya dikembalikan nikmat kesihatan.

Ada kalanya, keadaan kita yang terdampar sakit bukan hanya kerana Allah ingin menguji kita, tetapi juga orang di sekeliling seperti ahli keluarga dan saudara mara. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud, "Jangan sekali-kali seseorang kamu bercita-cita hendakkan mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; jika keadaannya mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata, Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (HR Anas

Friday, October 28, 2011

Renungan buat wanita

Wanita itu dekat dgn kemuliaan Nubuwah
Mereka membersihkan jalan para pejuang agama
Keringat mereka adalah tingkat hidup kita
Di dalam rahimnya berpahala syuhada
Ditentukan syurga di bawah telapak kakinya
Kesakitannya mewujudkan manusia
Dukacita menyelumuti hati,para malaikat bersedih pilu
Ketika wanita tidak peduli lagi,tubuh gemalai kerlingan mata
Pipi merah dada montok,berbaju ketat melukis tubuh
Pelbagai kenistaan digelar wanita
Zahirnya wanita,batinnya bukan wanita
Ia telah pecahkan mahkota kemuliaan
Terpisah salam mulia para malaikat
Doa berganti laknat
Kecantikan suci terburai berganti petaka
Aliran pahala berganti dosa
Sama sekali tak tahu malu
Mutiara itu untuk syurga,terhijab kerana harganya
Tertutup kerana mulianya
Bukan murah tak berharga
Masa ini masanya berlaku
Esok adalah menerima rasa
Hijab itulah pemeliharanya
Wahai pemelihara nikmat syariat Allah
Butakah hati yang tak mengenal Allah
Hinalah mereka yang tertawan nafsu
Jadilah Fatimah-Fatimah penyambung zaman
Jadilah Fatimah-Fatimah seterusnya
Sebagai pelahir Hassan dan Hussein yang baru
Dalam darahmu ada kesucian
Sabda NAbi saw:
Dunia ini adalah perhiasan
Dan sebaik2 hiasan adalah wanita solehah

Kenapa aku diuji

Kenapa aku diuji?
~Apakah manusia itu mengira bhw mereka dibiarkan shj mengatakan "kami beriman,sedang mereka blm diuji?dan sesungguhnya kami tlh menguji org2 yg sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org yg dusta (Al-ankabut:2-3)

Kenapa aku mendapat ujian seberat ini?
~Allah tidak akan membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya..(Al-baqarah:286

Kenapa aku rasa tertekan?
~Janganlah kamu bersikap lemah,dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,jika kamu org2 yg beriman (Al-imran:139)

Kenapa aku masih tidak dpt apa yg ku impikan?
~Boleh jadi kamu membenci sesuatu,padahal ia amat baik bagimu,dan boleh jadi juga kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bgmu,Allah mengetahui sdg kamu tdk mengetahui (Al-baqarah:216)

Bagaimana harus aku menghadapinya?
~Wahai org2 beriman,bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dan mengerjakan perkara kebajikan) dan kuatkanlah (kesabaran kamu lebih dari kesabaran musuh di medan perang) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kpd Allah supaya kamu berjaya mencapai kemenangan (Al-imran:200)
~Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dgn sabar dan solah,sesungguhnya solah itu amatlah berat kecuali kepda org2 yg khusyuk (Al-baqarah:45)

Apakah ganjaran yg aku dapat daripada ini?
~Sesungguhnya Allah Taala telah membeli daripada org mukmin diri dan harta mereka dengan memberi syurga untuk mereka (At-taubah:111)

Kepada siapa mesti aku harapkan?
~Cukuplah Allah bagiku,tiada tuhan selainNya,hanya kepadanyalah aku bertawakal (At-taubah:129)

Thursday, October 27, 2011

Zikir, istighfar cara memohon keampunan

KEHIDUPAN di dunia ini hanya menawarkan kenikmatan kepada manusia yang menyebab�kan mereka sentiasa tidak puas dengannya. Bisikan syaitan pula sedaya upaya menggoyahkan iman manusia sehingga berlaku ‘peperangan’ sama ada untuk melakukan kebaikan atau kemungkaran.Sebagai manusia, kita diberi peluang seluas-luasnya untuk memilih antara satunya. Jika nafsu syaitan berjaya menundukkan manusia bermakna mereka akan hilanglah sifat kemanusiaan.Setiap kejahatan dan kemaksiatan yang dilakukan seseorang ibarat titik hitam yang akan mengotori seterusnya mengeraskan hati mereka.Maka bersegeralah memohon taubat daripada Allah dengan harapan Allah menerimanya serta mengampunkan dosa-dosa kita yang terdahulu
Allah berfirman yang bermaksud: “Dia yang menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan kejahatan mereka...” (Surah Asy-Syura ayat 25).

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Orang yang bertaubat dari dosa, bagaikan orang yang tidak berdosa. Diceritakan bahawa Umar Al-Khattab berjalan-jalan di pinggir kota, beliau kemudian melihat seorang pemuda membawa botol yang disorok di balik bajunya lalu Umar berkata, “Wahai pemuda, apa yang engkau sorokkan di balik bajumu itu?” Sebenarnya dia membawa arak tetapi takut untuk mengatakannya. Maka dalam hatinya berdoa, “Ya Tuhanku, jangan engkau beri aku malu di hadapan Umar, jangan engkau bukakan rahsiaku kepadanya. Aku berjanji tidak akan minum arak selamanya.” Kemudian pemuda itu berkata, “Wahai Amirul Mukminin, yang aku bawa ini ialah cuka.” Lalu Umar berkata, “Cuba bawa ke sini aku lihat.” Kemudian pemuda itu mengeluarkannya dan diperiksa Umar dan ternyata memang benar arak itu bertukar menjadi cuka. Maka lihatlah makhluk yang bertaubat kerana takut kepada makhluk saja lantas Allah meng�gantikan arak itu dengan cuka kerana mengetahui keikhlasannya mahu bertaubat.Seandainya orang yang melakukan kejahatan lalu mereka bertaubat nasuha dan menyesali perbuatan dosanya itu pasti Allah s.w.t menerima taubatnya.Begitu juga dengan sebuah lagi kisah Abu Hurairah, beliau berkata, “Pada satu malam selepas solat Isyak, aku keluar bersama Rasulullah. Ketika berjalan aku berjumpa dengan seorang wanita dia berkata, “Wahai Abu Hurairah, sesungguhnya aku sedang melakukan dosa. Apakah aku masih boleh bertaubat?” Kemudian aku tanya dia, “Apakah dosamu itu?” Dia berkata, “Aku berzina dan membunuh anakku hasil perbuatan zina itu.” Lalu aku bertanya kepadanya, “Terlaknatlah engkau. Terlaknatlah engkau. Demi Allah, taubatmu tidak akan diterima.” Lalu wanita itu keluar dengan hati sedih. Maka aku terfikir dalam hatiku, mengapakah aku berfatwa? Sedangkan Rasulullah berada di samping kami. Maka aku segera menemui baginda. Lalu baginda berkata, “Engkau sudah salah. Apakah engkau tidak mendengar ayat ini: “Dan orang-orang yang tidak menyembah Tuhan yang lain bersama Allah, dan tidak pula membunuh manusia yang diharamkan Allah, kecuali dengan kebenaran dan tidak pula mereka berzina. Barang siapa yang membuat demikian, nescaya akan menemui dosa (seksa). Dilipat gandakan seksa untuknya pada hari kiamat dan kekal di dalamnya serta terhina. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman lagi beramal soleh. Maka Allah akan mengganti kejahatan mereka dengan kebaikan.
Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Furqan ayat 68 hingga 70).

Kemudian aku keluar dan berkata, “Siapa boleh menunjukkan kepadaku wanita yang bertanya masalah kepadaku?” Lalu anak-anak berkata, “Dia sudah gila wahai Abu Hurairah!” Namun, aku cari dia sampai jumpa dan akan khabarkan kepadanya bahawa taubatnya masih diterima. Lalu dia menjerit kegirangan sambil berkata, “Aku ada kebun. Maka aku akan sedekahkan ia kerana Allah dan Rasul-Nya.” Antara syarat taubat ialah bersegera meninggalkan dosa, menyesal dengan apa yang berlaku dan bertekad tidak akan mengulangi kembali perbuatan itu lagi.

Kita hendaklah meninggal�kan dosa kerana Allah dan bukannya kerana ada sebab lain. Sesungguhnya penerimaan taubat di sisi Allah hanyalah bagi orang-orang yang melakukan kejahatan disebabkan kejahilan kemudian mereka segera bertaubat.Sebahagian ulama menyatakan tiada kepastian sama ada taubat seseorang itu diterima atau tidak tetapi ia tanda-tandanya boleh dikesan. Bagi mereka yang diterima taubatnya sentiasa menjaga dirinya daripada melakukan maksiat seolah-olah dalam hati mereka tiada kegembiraan selain mengingati Allah selain sering bergaul dengan orang-orang soleh serta menjauhi golongan fasik.
“Firman Allah yang bermaksud: “Dan tidak ada gunanya taubat itu kepada orang yang selalu melakukan kejahatan hingga apabila salah seorang daripada mereka hampir mati, berkatalah ia: Sesungguhnya aku bertaubat sekarang ini, sedang taubatnya itu sudah terlambat. Dan demikian juga halnya orang yang mati sedang mereka tetap kafir. Orang yang demikian Kami sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.” (Surah al-Nisa’ ayat 18).

“Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat hamba-Nya, selagi roh belum sampai di kerongkong (hampir dengan ajal).” (Hadis riwayat al-Tirmidzi).
“Meskipun pengampunan Allah itu amat luas namun, Islam menggalakkan hambanya bersegera menginsafi kesalahan yang dilakukan.”
Amalan berzikir atau beristighfar adalah antara cara yang boleh dilakukan bagi memohon keampunan daripada Allah.

“Beristighfar wajar dijadikan amalan harian seperti mana yang dilakukan Rasulullah. Zikir “Sayyid al-Istighfar” (Penghulu istighfar) sewajarnya dijadikan amalan harian, pada setiap masa. “Setiap kesalahan dan dosa yang pernah kita lakukan seharusnya menjadi rahsia dalam diri kita sahaja. Tidak perlu dihebahkan atau diceritakan segala dosa silam yang pernah kita lakukan kepada orang lain.“Hal ini penting, demi menjaga maruah dan aib diri sendiri pada masa akan datang. Tidak mustahil, pada masa akan datang ketika kita sudah insaf dan bertaubat ia diungkit �kembali oleh orang yang pernah mendengar kisah silam kita.

“Justeru, maruah diri mestilah dijaga dan tidak perlu dihebahkan dosa dan kesalahan yang lalu. Apa yang sepatutnya kita lakukan ialah mengadu dan ceritakanlah salah silap kita di hadapan Allah dengan rasa penuh insaf dan mengharapkan keampunan-Nya. “Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: “Barang siapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan, lalu memilih jalan lurus. Maka sesungguhnya Allah s.w.t menerima taubatnya dan Tuhan itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Maidah, ayat 39).

Tuesday, October 18, 2011

Teruskan....

Kadang kala kita merasakan cinta itu telah tiada dalam diri kita kerana jiwa kita kosong dari pergantunganNya. Seringkali kita lupa tentang pengertian cinta yang ada dalam diri kita sedangkan cinta itu tidak pernah mati dalam diri kita. Kita masih tidak bertemu cinta yang sebenar kerana kita seringkali alpa dan sirna dengan arus kehidupan. Mengapa kita mudah meninggalkan cinta yang satu itu, padahal Dialah yang memberi cinta kepada kita disaat kita kehilangan. Disaat jiwa ini sepi dari kehidupan dialah yang memberi kekuatan untuk terus bangkit kerana hidup ini tidak pernah mempersiakan. Usahlah dikenang akan segala kepedihan hati dan kekosongan jiwa kerana engkau bukanlah seorang yang bisa sepi tanpa kehidupan. Hiasilah perjalananmu dengan perjuangan dan kesabaran kerana ianya tidak menjanjikan sesuatu yang tidak pasti buatmu. Tabahlah dalam pelarian kerana ianya akan menemukan engkau dengan yang lebih baik dari kehidupan sekarang. Hentikan kenangan yang suram dan pudar dalam hidupmu kerana engkau akan menemukan yang belum pernah engkau lalui dalam hidupmu.

Teruskan....

Kadang kala kita merasakan cinta itu telah tiada dalam diri kita kerana jiwa kita kosong dari pergantunganNya. Seringkali kita lupa tentang pengertian cinta yang ada dalam diri kita sedangkan cinta itu tidak pernah mati dalam diri kita. Kita masih tidak bertemu cinta yang sebenar kerana kita seringkali alpa dan sirna dengan arus kehidupan. Mengapa kita mudah meninggalkan cinta yang satu itu, padahal Dialah yang memberi cinta kepada kita disaat kita kehilangan. Disaat jiwa ini sepi dari kehidupan dialah yang memberi kekuatan untuk terus bangkit kerana hidup ini tidak pernah mempersiakan. Usahlah dikenang akan segala kepedihan hati dan kekosongan jiwa kerana engkau bukanlah seorang yang bisa sepi tanpa kehidupan. Hiasilah perjalananmu dengan perjuangan dan kesabaran kerana ianya tidak menjanjikan sesuatu yang tidak pasti buatmu. Tabahlah dalam pelarian kerana ianya akan menemukan engkau dengan yang lebih baik dari kehidupan sekarang. Hentikan kenangan yang suram dan pudar dalam hidupmu kerana engkau akan menemukan yang belum pernah engkau lalui dalam hidupmu.